12 March, 2013

Pelancaran Bulan Jimat Tenaga 2013


Pada Isnin yang lepas bersamaan 11  Mac 2013 telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Jimat Tenaga di Dewan Dato' Hj Azam. Majlis ini telah dilancarkan oleh Puan Pengetua Kanan SEMESRA, Pn. Hjh Norzilah binti Hj Idris.


Pengetua Kanan SEMESRA dalam ucapannya berharap agar kempen ini yang juga merupakan satu pertandingan akan dapat memberi kesedaran kepada seluruh warga SEMESRA akan pentingnya amalan-amalan seharian yang dapat membantu menjimatkan sumber tenaga dunia. Ujarnya lagi, kempen ini tidak akan berjaya jika tidak mendapat kerjasama semua pihak.

Kemudian, warga SEMESRA telah dihidangkan dengan persembahan video mengenai amalan-amalan baik yang boleh dipraktikkan seharian dalam usaha menjimatkan tenaga elektrik dan sumber air.

Sebagai simbolik pelancaran bulan ini, Puan Pengetua telah menyampaikan butang lencana kepada wakil-wakil badan pelajar.


Semoga pelancaran Bulan Jimat Tenaga ini akan menjadi titik tolak dalam memperbaiki amalan seharian kita dalam usaha untuk memastikan sumber tenaga akan terus dapat dinikmati oleh generasi-generasi akan datang.