30 March, 2012

Kejohanan Tenpin Bowling MSS Negeri Sembilan 2012

Pada 27 - 29 Mac yang lalu, telah diadakan satu Kejohanan Tenpin Bowling Peringkat Negeri Sembilan di Ampang Bowl, Seremban Parade. Seramai 11 orang pelajar SEMESRA telah dipilih untuk mewakili daerah Rembau dalam kejohanan ini.


Berikut adalah keputusan kejohanan:

Lelaki Bawah 15: Tiada tempat
Perempuan Bawah 15: Tempat Ketiga
Lelaki Bawah 18: Tempat Keempat
Perempuan Bawah 18: Tempat Ketiga

 Pemenang-pemenang bersama medal yang dimenangi:

Perempuan Bawah 15
Lelaki Bawah 18
Perempuan Bawah 18





Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain atas persembahan permainan yang cemerlang sepanjang kejohanan. Diharapkan agar kejayaan yang sama atau yang lebih baik akan dapat dilakar pada tahun hadapan.

27 March, 2012

Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Kedua

Mesyuarat Agung PIBG Kedua Sekolah Menengah Sains Rembau telah diadakan dengan jayanya pada 25 Mac yang lalu bertempat di Dewan Dato' Azam. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Adun Kawsan Kota, Dato' Dr. Hj Awaluddin bin Said DSNS., ANS., PMC.

Sebelum mesyuarat agung ini bermula, pada sebelah paginya para ibubapa telah sama-sama menjayakan Program 1 Keluarga 1 Buku bagi menambahkan bilangan buku di Pusat Sumber Sekolah serta Program 1 Keluarga 1 Pokok bagi menceriakan lagi kawasan sekolah.

 antara pokok-pokok yang telah disumbangkan oleh para ibu bapa


antara buku-buku yang disumbangkan kepada Pusat Sumber SEMESRA

Tepat pada pukul 11 pagi, mesyuarat PIBG pun dimulakan. Selepas pembentangan aktiviti serta kewangan, mesyuarat diteruskan dengan pemilihan ahli jawatankuasa yang baru.

Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju untuk mengekalkan Tn. Hj. Dahalan bin Abdullah  sebagai Yang Dipertua sementara En. Lukman bin Ramli telah dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PIBG yang baru.

barisan ahli jawatankuasa

Pelbagai isu dan cadangan telah dibincangkan demi kebaikan anak-anak di SEMESRA. Diharapkan kerjasama yang lebih utuh dapat dibina antara ibu bapa dan staf-staf sekolah demi kecemerlangan para pelajar SEMERA.

26 March, 2012

Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Rembau 2012

Pada 24 Mac yang lalu, seramai 21 pelajar SEMESRA telah mewakili sekolah ke pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) Peringkat Daerah Rembau di SMK Dato' Sedia Raja. Antara kategori yang disertai oleh peserta SEMESRA adalah Pertandingan Nasyid, Hafazan, Khat Jawi, Tilawah Al-Quran, Berzanji dan Marhaban serta Syarahan Spontan.

SEMESRA telah berjaya memenangi beberapa pertandingan yang disertai. Bagi Pertandingan Syarahan Spontan, Ain Nurshahira binti Azmi telah berjaya mendapat Naib Johan. Muhammad Rusyaidi bin Azali telah menjadi naib johan bagi kategori lelaki. Farrah Syafiqah binti Lamin pula telah berjaya menjadi Johan bagi pertandingan Khat Jawi.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Diharapkan agar prestasi SEMESRA di MTAQ akan bertambah baik pada masa-masa akan datang.

25 March, 2012

Borang Semak Semula Kertas SPM

Perhatian kepada para pelajar SPM 2011,

Disini disertakan borang Semak Semula Kertas SPM bagi mana-mana pelajar yang mahu berbuat demikian. Borang-borang yang telah siap diisi perlu mendapat tandatangan pengesahan daripada Pengetua Kanan SEMESRA, Hjh Norzila binti Idris.

Proses semakan akan mengambil masa 2 bulan, oleh itu untuk isian borang biasiswa dan universiti, para pelajar masih perlu menggunapakai keputusan sekarang. Sekian, harap maklum.

http://www.scribd.com/doc/86653474/Borang-an-Semak-Semula-Dan-Kes-t

24 March, 2012

Kejohanan Olahraga MSS Daerah Rembau 2012

Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Rembau telah diadakan pada 20 - 23 Mac di Padang SMKA Hj Abu Hassan Sail. SEMESRA telah menghantar kontingen olahraga sekolah untuk menyertai kejohanan ini.

Hasil dari bimbingan dan latihan yang diberikan, atlit-atlit SEMESRA telah berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan. SEMESRA telah berjaya menggondol 6 pingat emas, 6 pingat perak dan 10 gangsa.




Berikut adalah nama penyumbang pingat emas SEMESRA:

1. 800m P18: Aimi bt Ahmad Kamal Sayuti
2. Rejam Lembing L15: Muhamad Hilmi bin Mohd Nasir
3. Lompat Tinggi P15: Nurul Atiqah binti Mat Kambali
4. Lompat Kijang P15: Ain Nor Aliya binti Zulhelmi
5. Lompat Jauh P15: Ayla Farihah binti Rosidi
6. 4X 100m L15: Muhammad Akmal Hazim bin Mohd Jaffri, Muhammad Faridanial bin Suhaimy, Muhamad Nur Afiq bin Mohd Rosli dan Amirul Akmar bin Abdul Razak.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kontingen olahraga SEMESRA. Teruskan latihan bagi menghadapi kejohanan-kejohanan yang akan datang.

22 March, 2012

Permohonan Semak Semula SPM 2011

Perhatian kepada semua lepasan SPM 2011,

Kepada mana-mana pelajar yang ingin menyemak semula kertas SPM 2011 mereka, mohon untuk menghubungi Tn. Hj Azman bin Awang, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid atau Pn. Siti Normizah binti Ngatenah, Setiausaha Peperiksaan. 

Tarikh tutup permohonan adalah 30 hari selepas tarikh rasmi pengumuman keputusan iaitu sebulan dari 21 Mac 2012.

Sekian, harap maklum.

21 March, 2012

Makluman

Berikut adalah makluman terkini daripada pihak sekolah

GOTONG ROYONG PERDANA
Tarikh: 25 Mac 2012
Hari: Ahad
Masa: 9 pagi
Sumbangan pokok adalah amat dialu-alukan.


PROGRAM 1 KELUARGA 1 BUKU
Tarikh: 25 Mac 2012
Hari: Ahad
Serahan buku sumbangan di kaunter PSS di Dewan Dato' Hj Azam


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2
Tarikh: 25 Mac 2012
Hari: Ahad
Masa: 10 pagi
Perasmi: Dato' Dr. Hj. Awaludin bin Said, DSNS., ANS., PMC

Tahniah Valedictorians!

Hari ini terlakar satu lagi sejarah manis bagi SEMESRA apabila keputusan kumpulan pelajar pertama SPM SEMESRA diumumkan oleh Pengetua Kanan Pn. Hjh Norzila binti Idris di Dewan Dato' Hj Azam. 

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengetua Kanan SEMESRA. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar SEMESRA yang telah sama-sama berusaha untuk mencapai keputusan yang sangat membanggakan ini. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang banyak memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah.



Seterusnya ucapan daripada Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Datin Naemah binti Ahmad yang turut sama berada di SEMESRA bagi upacara penyampaian keputusan SPM ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada SEMESRA atas kejayaan ini dan berharap agar kecemerlangan ini akan dapat diteruskan di masa hadapan.


Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian keputusan SPM 2011. Slip keputusan telah disampaikan oleh Datin Naemah kepada semua para pelajar yang mendapat 9 straight As.

Valedictorians telah berjaya mencapai gred purata 1.30 yang seterusnya menempatkan SEMESRA di tempat ketiga seluruh Negeri Sembilan. Seramai 69 pelajar telah berjaya mendapat 9 straight As dan 3 daripadanya adalah 9 straight A+.



 Pelajar-pelajar yang mendapat 9 straight A+ adalah:

Mohd Borhan bin Mohamad Sultan
Othman Affan bin Zuhir
Nur Hafizah binti Mat Kamil


pelajar-pelajar yang mendapat 9 straight As























Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua Valedictorians. Bagi yang kurang berjaya, diharapkan anda tidak akan berputus asa. Teruskan usaha dalam mencapai kecemerlangan kerana ini hanyalah permulaan. Seluruh warga SEMESRA mendoakan agar semua Valedictorians akan terus berjaya dan mencapai apa yang diimpikan.

17 March, 2012

Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2011

Mohon perhatian pelajar-pelajar SPM 2011,


*click for larger view

10 March, 2012

Kejohanan Tenpin Bowling MSS Daerah Rembau 2012

Pada 7 Mac yang lalu telah diadakan satu Kejohanan Tenpin Bowling MSS Daerah Rembau bertempat di Ampang Bowl, Seremban Parade. SEMESRA merupakan tuan rumah kepada kejohanan ini yang telah berlangsung dari pukul 9 sehingga 5 petang.

SEMESRA telah menghantar 4 pasukan; 2 pasukan Bawah 15 dan 2 lagi pasukan Bawah 18. 

antara aksi yang berjaya dirakamkan

SEMESRA telah berjaya mengungguli kategori pasukan. Manakala keputusan pemain SEMESRA bagi kategori individu pula adalah seperti berikut:

Lelaki Bawah 15
Johan: Mohd Aiman Qayyum bin Ali Hanifiah
Tempat ke-3: Aiman Azim bin Abd Harris

Perempuan Bawah 15
Johan: Nur Atiqah binti Jalalludin
Naib Johan: Nurul Atiqah binti Mat Kambali
Tempat ke-4: Iylia Izzati binti Jamal

Lelaki Bawah 18
Johan: Mohd Farizuddin bin Mohd Osman
Tempat ke-3: Ahmad Ameer bin Abd Rashid
Tempat ke-4: Danial Asyraf bin Abd Rahman

Perempuan Bawah 18
Johan: Amirah Syahmi binti Suhaimi
Naib Johan: Alia Nadhirah binti Rorzlan
Tempat ke-3: Nadira binti Anuar

 majlis penyampaian hadiah

Seramai 11 orang pelajar SEMESRA telah terpilih untuk mewakili daerah Rembau ke Kejohanan Tenpin Bowling Negeri yang akan berlangsung pada 26 Mac ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan diharapkan agar prestasi baik ini akan dipertingkatkan demi mencapai kejayaan yang lebih baik di peringkat negeri.

01 March, 2012

Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2012

Pada 25 Februari yang lalu, Unit Kokurikulum SEMESRA telah menganjurkan satu Kursus Kepimpinan Kokurikulum bertempat di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Peserta-peserta kursus adalah terdiri daripada semua pengerusi dan setiausaha badan-badan beruniform, kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang ada di SEMESRA.


 Kursus satu hari ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana untuk mengendalikan persatuan/kelab/unit beruniform mereka dengan lebih baik. 

Slot pertama kursus telah dikendalikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum En. Zaili Azmi b Mustafa Alfandi. Beliau telah memberi penerangan kepada para pelajar mengenai definisi mesyuarat dan apa fungsi sesuatu mesyuarat. Para pelajar juga telah didedahkan kepada cara-cara pembinaan kertas kerja dan kertas cadangan.



Kemudiannya, Cik Suriawati Jani pula telah meneruskan kursus dengan memberi penekanan mengenai tanggungjawab setiap ahli jawatankuasa bagi setiap unit. Sistem fail juga telah diperkenalkan kepada para peserta kursus agar unit  kokurikulum mereka dapat berfungsi dengan baik dan teratur.

 

Seterusnya Cik Riyanti Abdullah Sani telah memberi penerangan kepada perserta-peserta kursus mengenai hal pengurusan kewangan yang merupakan nadi kepada sesuatu unit kokurikulum. Para peserta kemudiannya telah diberi latihan praktikal bagaimana untuk menyediakan akaun kewangan bagi unit masing-masing.


Di akhir kursus, para peserta telah menerima sijil kursus yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SEMESRA.

 
 bergambar kenangan 

Semoga kursus ini telah berjaya membantu para peserta dalam merancang dan melaksanakan aktiviti bagi unit masing-masing. Diharapkan agar ilmu yang telah dipelajari akan dapat dipraktikkan bersama-sama demi kecemerlangan kokurikulum sekolah ini.