31 March, 2016

Takwim April 2016

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga SEMESRA


Harap maklum.

17 March, 2016

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2016

Pada 11 Mac yang lalu telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2016. Pelajar-pelajar yang telah mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan Akhir Tahun serta Pentaksiran Tingkatan 3. Guru-guru yang telah membantu untuk memperbaiki gred purata bagi subjek mereka juga diberi penghargaan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Jasmah binti Hussain, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Rembau. 


Tahniah diucapkan kepada semua yang menerima hadiah. Semoga hadiah ini akan menjadi pendorong untuk lebih berjaya di masa hadapan.

07 March, 2016

Kejohanan Bola Jaring Peringkat SBP

Pada 5 Mac yang lalu telah diadakan Kejohanan Bola Jaring Antara SBP Negeri Sembilan dan Melaka bertempat di Sekolah Sains Perempuan, Seremban.

SEMESRA telah menyertai kejohanan ini dan berjaya menempah tiket ke perlawanan separuh akhir bertemu SBPI Jempol. Namun begitu SEMESRA tewas dengan hanya satu mata seterusnya melayakkan pasukan untuk mendapat tempat ketiga dalam kejohanan ini.


Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring sekolah yang telah berjaya dengan cemerlang di peringkat SBP ini.  Terima kasih juga diucapkan kepada guru pembimbing yang telah melatih pasukan ini. Semoga pasukan bola jaring sekolah akan terus cemerlang di masa hadapan.

04 March, 2016

Prosedur Semak Semula SPM 2015

Untuk perhatian lepasan SPM 2015,

Bagi mana-mana pelajar yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM 2015, anda boleh berbuat demikian dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman keputusan dibuat. 

Borang Semak Semula/Kes T boleh didapati di sekolah, Unit/Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPNS, kaunter semak semula di Lembaga Peperiksaan Malaysia Putrajaya atau boleh melayari web Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my. Borang juga boleh dimuat turun di pautan ini
https://www.scribd.com/doc/86653474/Borang-an-Semak-Semula-Dan-Kes-t

Urusan permohonan ini boleh dibuat sendiri atau dengan bantuan pihak sekolah. Jika permohonan hendak diuruskan sendiri, pelajar perlu mendapatkan cop pengesahan daripada pihak sekolah sebelum borang dihantar. Bagi yang memerlukan bantuan pihak sekolah, sila bawa bersama salinan keputusan SPM 2015 bersama salinan slip keputusan peperiksaan percubaan.

Bayaran sebanyak RM100 akan dikenakan bagi setiap subjek yang hendak disemak semula. Jika ada-apa pertanyaan, pelajar boleh merujuk kepada Setiausaha Peperiksaan iaitu Puan Siti Normizah binti Ngatenah.

Sekian, harap maklum.

Keputusan SPM 2015

Tahniah diucapkan kepada batch Valedictorian Cycle 2 yang telah berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2015 yang lalu. Keputusan dan slip peperiksaan telah pun disampaikan di Dewan Dato' Haji Azam semalam. 

Walaupun Gred Purata Sekolah (GPS) menurun, SEMESRA mencatatkan kejayaan yang gemilang apabila 4 orang pelajar berjaya mendapat straight 9A+. Syabas diucapkan kepada Sarah Nadia, Muhammad Izzudin, Muhammad Haziq Shahrin dan Muhammad Adi Hassan. Seramai 45 orang pelajar pula telah mendapat straight 9A's. Tahniah diucapkan.


Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada guru-guru SEMESRA terutamanya guru-guru Tingkatan 5 yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu anak-anak pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang ini. Begitu juga tahniah diucapkan kepada batch Valedictorian Cycle 2 yang telah berjaya mengharungi peperiksaan SPM ini dengan jayanya. 

Warga SEMESRA mengucapkan selamat maju jaya kepada semua lepasan SPM 2015 SEMESRA dan didoakan agar anda semua akan terus mencapai kecemerlangan tidak kira di mana sahaja anda berada.