29 July, 2017

Jalinan SEMESRA Tingkatan 1, 2 dan 4

Pada 28 Julai yang lalu telah diadakan Jalinan SEMESRA bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4. Perbincangan 3 penjuru ini bertujuan untuk membincangkan prestasi akademik pelajar-pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu.



Terima kasih diucapkan kepada keprihatinan ibu bapa dan penjaga dalam memacu kecemerlangan anak-anak. Sesungguhnya hasil perbincangan dan saranan yang diberi akan dapat membantu pihak sekolah dalam menyediakan program yang efektif dan bersesuaian demi kecemerlangan akademik para pelajar.

24 July, 2017

Jemputan Majlis Jalinan SEMESRA Tingkatan 1, 2 dan 4

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan majlis Jalinan SEMESRA bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 28 Julai 2017 (Jumaat)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dewan Dato' Hj Azam

Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan prestasi anak tuan/puan serta perancangan dan strategi bagi melonjakkan prestasi akademik anak-anak dalam akademik.

Oleh itu, kehadiran ibu bapa adalah dituntut demi kebaikan dan kemajuan anak-anak SEMESRA.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama tuan/puan.

23 July, 2017

Pertandingan Kuiz Undang-undang Kemanusian Antarabangsa Peringkat Negeri Sembilan 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan kuiz Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Kuiz Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 22 Julai yang lalu.


Tahniah diucapkan!

21 July, 2017

Pesta Pantun Peringkat Negeri 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan pantun sekolah yang berjaya mendapat tempat ketiga bersama dalam Pesta Pantun Peringkat Negeri yang telah diadakan pada 20 Julai di SMK Kampung Baru Port Dickson.



Tahniah!!

20 July, 2017

Kuiz Sejarah Negeri 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan kuiz Sejarah yang telah berjaya menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Kuiz Sejarah yang telah diadakan pada 19 Julai yang lalu.


Tahniah sekali lagi!

15 July, 2017

Jalinan SEMESRA Tingkatan 3 dan 5

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang hadir pada majlis Jalinan SEMESRA yang telah diadakan pada 14 Julai yang lalu.



Semoga perbincangan yang telah diadakan akan dapat membantu para pelajar membuat persediaan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaam SPM dan PT3 mereka nanti.

13 July, 2017

Takwim Ogos 2017

Untuk makluman dan tindakan semua, dipaparkan Takwim Ogos 2017.


 Terima kasih atas kerjasama dan perhatian tuan/puan.

11 July, 2017

Jemputan ke Jalinan SEMESRA Tingkatan 3 dan 5

Sukacita dimaklumkan bahawa SEMESRA akan mengadakan Jalinan SEMESRA bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 mengikut ketetapan yang berikut:

Tarikh: 14 Julai (Jumaat)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dewan Dato' Haji Azam


 

Mohon kerjasamasa ibu bapa pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 untuk menghadirkan diri bagi sama-sama berdiskusi demi kecemerlangan akademik anak-anak.

Sekian harap maklum.

08 July, 2017

Minggu Koperasi Sekolah 2017

Pada 7 Julai 2017 telah diadakan Majlis Penutupan Minggu Koperasi Sekolah bagi tahun 2017. Majlis telah diadakan di Dewan Dato' Hj Azam dan ditutup secara rasmi oleh Cik Sharizan binti Sheikh Osman, Penolong Kanan Pentadbiran SEMESRA.


Pelbagai aktiviti pertandingan telah diadakan sepanjang minggu tersebut seperti Pertandingan Petanque Guru, Pertandingan Mereka Cipta, Lawatan ke Rumah Anak-anak Yatim serta Jualan Gerai.



Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang telah sama-sama menjayakan Minggu Koperasi ini. Semoga dengan adanya Minggu Koperasi ini akan dapat mendidik para pelajar untuk lebih  kreatif, inovatif serta mempunyai semangat keusahawanan yang jitu.

06 July, 2017

Jadual Warden Julai 2017

Berikut dipaparkan Jadual Warden bagi bulan Julai 2017 untuk tindakan dan makluman semua.

 

Mohon perhatian kepada perubahan barisan warden, terima kasih.

01 July, 2017

Takwim Julai 2017

Dipaparkan Takwim bagi bulan Julai untuk tindakan dan makluman semua.



Sekian, harap maklum.