24 July, 2017

Jemputan Majlis Jalinan SEMESRA Tingkatan 1, 2 dan 4

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan majlis Jalinan SEMESRA bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 28 Julai 2017 (Jumaat)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dewan Dato' Hj Azam

Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan prestasi anak tuan/puan serta perancangan dan strategi bagi melonjakkan prestasi akademik anak-anak dalam akademik.

Oleh itu, kehadiran ibu bapa adalah dituntut demi kebaikan dan kemajuan anak-anak SEMESRA.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama tuan/puan.