30 March, 2015

Takwim April 2015 *terkini*

Untuk makluman semua,

Di sini disertakan takwim bagi bulan April bagi rujukan dan perancangan tuan/puan.


Harap maklum. Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua.

26 March, 2015

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2009: Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga serta pelajar-pelajar SEMESRA,

Adalah dimaklumkan bahawa membawa dan mengguna telefon bimbit di sekolah adalah merupakan  satu kesalahan disiplin. Peraturan ini adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil2/2009 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama berkenaan hal ini demi kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di SEMESRA.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

18 March, 2015

Majlis Graduasi Pelajar-pelajar Tingkatan 5 2014

Untuk julung kalinya, SEMESRA telah mengadakan Majlis Graduasi bagi meraikan pelajar-pelajar Tingkatan 5 2014. Majlis ini telah diadakan pada 14 Mac yang lalu bertempat di Dewan Dato' Haji Azam.

Para pelajar beserta ibu bapa mereka telah diraikan dalam satu majlis yang gilang gemilang dimana penghargaan dan hadiah telah diberikan kepada mereka yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang baharu sahaja diumumkan.


Dalam majlis ini juga Arsyad bin Asnawi telah diumumkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2014 manakala Ahmad Daniel bin Ibrahim telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2014.

 Arsyad Asnawi bersama ibu

 Ahmad Daniel bersama ibu dan bapa

 Dua tokoh pelajar terbaik SPM 2014 SEMESRA

Seluruh warga sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Zealous 2014 atas pencapaian mereka bukan sahaja dalam SPM 2014 tetapi juga sepanjang mereka berada di SEMESRA dan semoga pengalaman di SEMESRA akan dijadikan asas untuk terus gemilang di masa hadapan, insyaAllah.

12 March, 2015

Makluman Sijil Bahasa Jepun dan German

Makluman kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2014,

Sijil-sijil peperiksaan bahasa Jepun dan German sudah boleh diambil dari pejabat sekolah mulai hari ini (12 Mac 2015).

Pelajar-pelajar boleh mengambil sijil-sijil ini semasa waktu pejabat (8 pagi - 5 petang).

10 March, 2015

Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2014

Pada 3 Mac yang lalu, keputusan SPM bagi tahun 2014 telah diumumkan. Seramai 54 pelajar SEMESRA telah berjaya mendapat straight As dalam peperiksaan SPM mereka.

Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan SPM telah dibuat di Dewan Dato' Haji Azam pada pukul 11.30 pagi dan slip telah disampaikan oleh YDP PIBG SEMESRA, Encik Azhar bin Mohamed.


Tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas kejayaan yang telah dicapai. Semoga terus gemilang dan cemerlang dalam menempuhi cabaran di alam universiti.

05 March, 2015

Aturcara Majlis Graduasi Zealous 2014

Untuk makluman pelajar-pelajar lepasan SPM 2014, 

Berikut adalah aturcara Majlis Graduasi yang akan berlangsung pada14 Mac 2015 nanti.

Tarikh                        :  14 Mac 2015
Hari                            :  Sabtu
Masa                          :  10.00 pagi  - 1.30 ptg.
Tempat                      :  Dewan Dato’ Hj Azam, SEMESRA
Tetamu Kehormat   : Yg Berbahagia Dato’ Hajah Kalsom Binti Khalid
                                   Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan


ATURCARA MAJLIS


08.00  pagi                 :    Pendaftaran pelajar dan ibubapa.
10.00  pagi                 :    Ibubapa dan guru mengambil tempat.
10.15  pagi                 :    Perarakan masuk
                                        Yg Berbahagia Dato’ Hjh Kalsom Bt Khalid
                                        Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan
                                        Persembahan pelajar
                                        Lagu Negaraku
                                  :     Bacaan Doa
               :     Ucapan pengetua
                                  :     Ucapan Dato’ Hjh Kalsom Binti Khalid
                                  :     Persembahan Multimedia.
                                  :     Penyampaian sijil pelajar
                                        Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang
                                        Penyampaian cenderamata
               :     Sesi Bergambar.
                                  :     Jamuan

Bagi mana-mana pelajar yang belum menghantar surat jawapan bagi majlis ini, diharap dapat berbuat demikian dengan kadar yang segera. Sila anda mempunyai apa-apa masalah berkenaan majlis ini, anda diminta untuk menghubungi Puan Suriawati binti Jani di nombor berikut 019 -657 2805. 

Sekian, harap maklum.

Majlis Perpisahan Encik Zaili Azmi Mustafa Alfendi

Pada 2 Mac 2015 yang lalu telah diadakan satu Majlis Perpisahan bagi Encik Zaili Azmi bin Mustafa Alfendi di Dewan Dato' Haji Azam. Untuk pengetahuan semua, Encil Zaili yang telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Menengah Dato' Abdul Razak berkuatkuasa 1 Mac 2015.

Majlis dimulakan dengan ucapan terima kasih Pengetua SEMESRA Puan Hajah Norzila binti Idris kepada Encik Zaili atas segala sumbangan dalam membangunkan kokurikulum SEMESRA.

Selepas itu tibalah giliran Encik Zaili untuk memberi ucapan beliau. Beliau mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan sepanjang beliau berkhidmat di SEMESRA dan berharap agar kerjasama ini akan dapat diteruskan walaupun beliau berada di sekolah yang lain.

Seterusnya majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata dari guru-guru dan pelajar-pelajar SEMESRA.


Terima kasih diucapkan kepada Encik Zaili Azmi atas tenaga dan sumbangan kepada SEMESRA terutamanya dalam bidang kokurikulum. Seluruh warga SEMESRA mendoakan agar Encik Zaili akan terus dapat berkhidmat dengan cemerlang di tempat yang baharu.

Makluman Prosedur Semak Semula SPM 2014

Untuk makluman pelajar-pelajar lepasan SPM 2014,

Bagi pelajar-pelajar yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM 2014 mereka,  berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil. 

Aliran semak semula:
1.     Isi Borang Semak Semula Keputusan dengan lengkap. Borang boleh dimuat turun di sini . Sila baca peraturan pentadbiran yang disertakan.
2.     Isi Borang Akuan Penerimaan Semak Semula 2 salinan
3.     Sila bawa keperluan berikut :
1              a) Dua (2) sampul surat (11cm x 22 cm) yang telah dilekatkan setem 80 sen dan beralamat                       sendiri. Tulis perkataan “SEMAK SEMULA SPM 2014” pada sudut atas kiri sampul surat.
2              b) Satu salinan keratan keputusan peperiksan SPM
3              c) Markah peperiksaan percubaan dan salinan sijil percubaan
4              d) Salinan sijil/pernyataan pelaksanaan Kerja Kursus/PEKA (jika berkenaan) yang telah                           disahkan
5              e) Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN


1.     Setelah lengkap kesemuanya serahkan kepada Pn Siti Normizah Ngatenah atau Cik Norhafizah Jaharudin
2.     Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Mac 2015


    Harap maklum.