17 January, 2018

Saluran Komunikasi SEMESRA

Untuk makluman semua,

Blog ini akan berhenti beroperasi dari dikemaskini berkuatkuasa serta-merta. Untuk perkembangan terkini dan berita terbaharu SEMESRA, tuan/puan boleh mengikutinya melalui saluran komunikasi  rasmi SEMESRA iaitu:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:

TWITTER:

Teruskan sokongan anda di saluran-saluran komunikasi SEMESRA yang baharu ini. Jumpa di sana! 

10 January, 2018

Pendaftaran Tingkatan 1 2018

Selamat datang diucapkan ke Zealous Cycle 3 yang baharu sahaja mendaftar masuk sebagai warga SEMESRA. Seramai 80 pelajar lelaki dan 81 pelajar perempuan telah mendaftar sehingga pukul 1 petang tadi.

 
 
 
 
 
 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang baharu mendaftar pada hari ini. Sesungguhnya anda sangat bertuah kerana terpilih memasuki sekolah berasrama penuh. Semoga anda akan terus cemerlang di bumi SEMESRA ini.

09 January, 2018

Facebook Rasmi SEMESRA

Untuk makluman warga SEMESRA,

Kini SEMESRA mempunyai satu lagi saluran informasi rasmi iaitu di facebook. Makluman terkini mengenai sekolah akan turut dimuatnaik di sana. 'Like' page untuk mengikuti perkembangan terkini sekolah.

Sekian, harap maklum.

08 January, 2018

Selamat Datang Puan Zainah bt Ahmad Sisman, Pengetua baharu SEMESRA

Majlis sambutan telah diadakan bagi meraikan pengetua SEMESRA yang baharu Puan Zainah binti Ahmad Sisman ke SEMESRA. Beliau merupakan pengetua yang ketiga bagi sekolah ini.



  

Tahniah puan atas kenaikan pangkat menjadi pengetua baharu SEMESRA. Semoga kehadiran puan akan terus dapat membawa SEMESRA ke peringkat yang lebih gemilang.

06 January, 2018

Gotong Royong Perdana Blok Akademik

Hari ini telah diadakan Gotong Royong Perdana bagi blok akademik. Gotong royong dimulakan dengan sesi penerangan mengenai perjalanan aktiviti dan seterusnya pelajar-pelajar bersama guru-guru mereka memulakan aktiviti membersih, mengemas dan menghias bilik masing-masing.

 
 
 
 
 

Semoga para pelajar SEMESRA dapat memastikan kelas-kelas sentiasa bersih dan ceria bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

Jamuan Minum Petang Bersama Mantan Pengetua

Semalam (Jumaat 5 Januari 2018) telah diadakan Jamuan Minum Petang bersama-sama mantan Pengetua SEMESRA. Majlis ini telah diadakan di Klana Resort, Seremban dan dihadiri oleh guru-guru, staf serta AJK PIBG.

 
 
  

Diharapkan agar ikatan ukhuwah ini akan terus terjalin walaupun tidak lagi berada di bawah bumbung organisasi yang sama.

04 January, 2018

Majlis Persaraan Puan Hajah Norzila binti Idris

Hari ini telah berlangsung Majlis Persaraan bagi Puan Hajah Norzila binti Idris, pengetua kedua SEMESRA di Dewan Dato' Haji Azam. Majlis istimewa ini telah dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada pegawai-pegawai pendidikan serta rakan-rakan sekerja Puan Hajah Norzila. 


Acara di dewan dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan dari ketua pelajar SEMESRA Abdul Hadi bin Abdul Razak diikuti oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Encik Shamsuddin bin Mustapha.

Seterusnya bacaan biodata Puan Hajah Norzila telah dibacakan oleh Encik Jasmi bin Bachik dan seterusnya ucapan bonda pengetua.
 
Majlis diteruskan dengan penyampaiah hadiah-hadiah dari warga SEMESRA serta para jemputan.
 
Terima kasih kepada OSEM (alumni SEMESRA) yang sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Terima kasih Puan atas didikan dan bimbingan yang telah diberikan kepada warga SEMESRA selama Puan berkhidmat di sini. Semoga Puan akan terus dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan kami mendoakan agar Puan akan terus ceria dan bahagia bersama keluarga tercinta.

 
 

03 January, 2018

Anugerah Komuniti Mampan 2017

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Hazwan bin Fikri yang berjaya menjadi Pemenang Terbaik dalam kategori kanak-kanak bawah 18 tahun dalam Anugerah Komuniti Mampan 2017.

Beliau berjaya mencipta satu kaedah bagi mengurangkan populasi nyamuk di kawasan rekreasi I-Play Park Damansara Damai (IPPDD) yang dinamakan Projek Konservasi Katada dan Kodok.

Kejayaan ini membolehkan beliau meraih hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000 beserta sijil dan trofi. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain.


Tahniah Hazwan. Semoga akan lebih ramai warga SEMESRA yang akan berjaya merekacipta kaeda-kaedah yang boleh membawa manafaat kepada masyarakat.

Jadual Warden Januari 2018

Untuk makluman warga SEMESRA,

Berikut dipaparkan Jadual Bertugas Warden bagi bulan Januari.

 

Terima kasih atas perhatian dan tindakan semua.

02 January, 2018

Sesi Persekolahan 2018 bermula

Selamat Tahun Baru 2018 diucapkan  kepada seluruh warga SEMESRA. Pada 1 Januari lalu telah diadakan pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 2, 3, 4, dan 5 di Dewan Dato' Haji Azam bermula pada pukul 2.00 petang.

Pelajar-pelajar yang hadir bersama ibu bapa telah mendaftar nama dan menyelesaikan yuran sebelum masuk ke asrama.

 
 

Dengan selesainya pendaftaran masuk ke asrama, sesi persekolahan bagi tahun 2018 pun  bermula. Semoga tahun 2018 akan terus membawa SEMESRA ke mercu kecemerlangan dan kegemilangan.