24 July, 2016

Jadual Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Sembilan 2016

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 5, 

Berikut adalah Jadual Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Sembilan bagi tahun 2016 untuk makluman tuan/puan.


Harap maklum.

22 July, 2016

Outing Harian 24 Julai 2016

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga SEMESRA,

Seperti yang telah dijadualkan, pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 4 dan 5 adalah dibenarkan untuk outing Harian pada hari Ahad ini bersamaan 24 Julai 2016. Bagi pelajar-pelajar yang akan keluar bersama ibu bapa dan penjaga, tuan/puan adalah dibenarkan untuk membawa anak keluar bermula pada pukul 8 pagi. Pelajar-pelajar perlu pulang semula ke sekolah sebelum pukul 5 petang. 

Harap maklum. 

18 July, 2016

Maklumat Outing Bermalam Pelajar - pelajar Tingkatan 3

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 3,

Anak-anak jagaan tuan/puan adalah dibenarkan untuk outing bermalam (OB) pada minggu ini iaitu pada 22 Julai 2016 (Jumaat) selepas pukul 12.30 petang dan diminta untuk pulang semula ke sekolah pada 24 Julai (Ahad) sebelum pukul 5 petang.

Kebenaran OB ini diberikan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 bagi memudahkan para pelajar menyiapkan tugasan kerja kursus Geografi PT3. Mohon ibu bapa dan penjaga dapat bersama-sama membantu menyelia pelajar-pelajar ini agar tugasan dapat disiapkan mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Terima kasih dan harap maklum.


Jalinan SEMESRA 2016


Pada 16 Julai yang lalu telah diadakan Jalinan SEMESRA bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5.



Pertemuan pelajar, guru dan ibu bapa ini diharapkan dapat memberi input dan penyelesaian bagi membantu kecemerlangan anak-anak SEMESRA yang akan menduduki PT3 dan SPM pada tahun  ini.

Terima kasih diucapkan kepada keprihatinan ibu bapa dan penjaga yang telah sama-sama meluangkan masa demi kebaikan bersama.






15 July, 2016

Jalinan SEMESRA Tingkatan 3 dan Tingkatan 5

Untuk makluman semua, Jalinan SEMESRA bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 16 Julai 2016
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Dato' Haji Azam

Mohon kerjasama ibu bapa atau penjaga pelajar-pelajar yang terlibat untuk hadir bersama-sama demi kecemerlangan akademik anak-anak kita. Pada kali ini, hanya ibu bapa dan penjaga bagi pelajar-pelajar yang perlu membuat lonjakan prestasi bagi memperbaiki keputusan akademik mereka telah dipilih. Surat jemputan untuk ibu bapa dan penjaga yang terlibat telah pun dihantar untuk makluman dan tindakan bersama.

Sekian, terima kasih.

01 July, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua warga SEMESRA. Maaf zahir batin.


Majlis Penyerahan Saham Akhirat dan Penutupan Ihya' Ramadhan

Majlis Penyerahan Saham Akhirat serta Penutupan Ihya' Ramadhan telah diadakan pada hari terakhir persekolahan di Surau An-Nur, SEMESRA.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini dan hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan oleh PK Kokurikulum SEMESRA, Puan Hasni Bakar.


Dalam ucapan penutup, Pengetua SEMESRA Pn Norzila mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan berharap agar Ramadhan yang berbaki beberapa hari ini akan dimanfaatkan dengan baik oleh semua.

Seterusnya Puan Pengetua serta PK Pentadbiran, Cik Sharizan menyampaikan saham akhirat kepada pelajar-pelajar SEMESRA yang memerlukan.


Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi bersalam-salaman sebelum bersurai. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma yang sudi menyumbang dan berkongsi rezeki dengan pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan. Semoga kita semua akan terus dilimpahkan dengan rezeki dan diredhai olehNya.

Jadual Warden Julai 2016