30 September, 2014

Hari Anugerah Kokurikulum dan HEM 2014

Pada 27 September yang lalu telah diadakan Hari Anugerah Kokurikulum dan HEM bagi tahun 2014. Majlis ini telah diadakan untuk menghargai sumbangan para guru dan pelajar dalam menjadikan SEMESRA terkenal di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Majlis penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Datin Hajah Naimah binti Ahmad Dahalan, Pegawai Pendidikan Daerah Rembau.


Antara guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah:

 
 
 
 
 
 

Pada tahun ini terdapat 2 anugerah bagi rumah terbaik iaitu Rumah Terbaik Keseluruhan Aspura dan Rumah Terbaik Keseluruhan Aspuri. Rumah Akhirul Zaman telah berjaya membolot kedua-dua anugerah ini. Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan ahli-ahli rumah Akhirul Zaman.

 

Bagi Anugerah Khas Kepimpinan pula, ia telah dianugerahkan kepada Ameera Irisha binti Idrus. Tahniah diucapkan.


Syabas diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah diberi pengiktirafan dalam majlis ini. Semoga ia penjadi perangsang kepada semua untuk berusaha dengan lebig gigih lagi pada tahun hadapan.

09 September, 2014

Makluman Cuti Pertengahan Penggal 2

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SEMESRA,

Adalah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar SEMESRA akan pulang bercuti bagi Cuti Pertengahan Penggal Dua pada Jumaat ini. Para ibu bapa hanya dibenarkan untuk mengambil anak masing-masing mulai pukul 12.30 tengahari

Mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk mengikut ketetapan yang telah dinyatakan agar sesi persekolahan dapat berjalan dengan lancar.

Terima kasih atas perhatian dan makluman semua.

08 September, 2014

Kenyataan Tawaran Sebut Harga Kantin SEMESRA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan bagi Tawaran Sebut Harga Kantin SEMESRA bagi tahun 2015 dan 2016 adalah dibuka. Adalah dipelawa pengusaha-pengusaha kantin yang berpengalaman dan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod 080300 dan 080501 untuk memohon bagi mengendalikan kantin SEMESRA bagi tempoh 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2016.

Borang permohonan boleh didapati di pejabat sekolah pada harga RM 30.00 mulai 8 September hingga 19 September pada waktu pejabat.

Tawaran sebut harga hendaklah dihantar dalam sampul surat berlakri dan bertanda 'Sebut Harga Kantin Sekolah' di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum jam 5 petang pada 3 Oktober 2014.

Sekian, harap maklum.

04 September, 2014

Jemputan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin SPM 2014

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 5,

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin bagi pelajar-pelajar SPM pada ketetapan berikut:

Tarikh: 21 Oktober 2014
Masa: 10 pagi
Tempat: Surau SM Sains Rembau

Pihak sekolah dengan ini menjemput tuan/puan untuk sama-sama hadir dalam majlis ini. Perhatian dan kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

02 September, 2014

Kelas Tambahan Bahasa Jerman dan Bahasa Jepun dan Peperiksaan Bahasa Jerman dan Bahasa Jepun Tingkatan 5

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 5,

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang mengambil bahasa Jerman dan bahasa Jepun akan menghadapi Peperiksaan Bahasa Jerman dan Bahasa Jepun pada 23 September 2014 (Selasa).

Oleh yang demikian, kelas tambahan akan diadakan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan ini. Pelajar-pelajar yang terlibat diminta untuk pulang semula ke sekolah pada 18 September 2014 (Khamis) sebelum pukul 6 petang. Makan malam adalah disediakan.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Jemputan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin PT3 2014

Kepada ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 3,

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 3 Oktober 2014 (Jumaat)
Masa: 10 pagi
Tempat: Surau SM Sains Rembau

Sehubungan dengan ini, pihak sekolah dengan berbesar hati menjemput tuan/puan ke majlis tersebut. Sekian, harap maklum.