29 December, 2014

Makluman Terkini Sesi Persekolahan Tahun 2015

Untuk makluman warga SEMESRA,

Berikut adalah tarikh baru melapor diri ke sekolah berikutan dengan kenyataan media yang telah dibuat oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia.

1. Tarikh lapor diri bagi pelajar-pelajar lama SEMESRA adalah pada hari Ahad (11 Januari 2015) jam 2 - 5 petang di Dewan Dato' Haji Azam.
Pakaian: T-shirt outing/Uniform sekolah

2. Tarikh lapor diri pelajar-pelajar baru Tingkatan 1 adalah pada hari Selasa (13 Januari 2015) jam 8 pagi di Dewan Dato' Haji Azam.
Pakaian: Uniform sekolah

3. Mesyuarat guru akan diadakan pada 6 - 7 Januari jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat Panitia pula pada 8 - 9 Januari 2015 jam 8.30 pagi. Kehadiran adalah diwajibkan.

Harap maklum. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

26 December, 2014

Makluman kepada pelajar SEMESRA lepasan SPM 2013 & 2014

Untuk makluman dan tindakan pihak yang terlibat:

1. Sijil berhenti sekolah bagi pelajar-pelajar lepasan SPM 2014 sudah boleh diambil di pejabat mengikut waktu pejabat. 

2. Sijil SPM 2013 masih belum lagi sampai ke sekolah. Jika ada kemusykilan, boleh terus hubung pejabat sekolah di nombor 06- 607 0037.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

17 December, 2014

Penyerahan Slip Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Untuk perhatian para pelajar Tingkatan 3,

Adalah dimaklumkan bahawa slip keputusan bagi PT3 akan diserahkan kepada para pelajar mengikut ketetapan yang berikut:

Tarikh:  22 Disember 2014
Hari   : Isnin
Masa : 9 pagi - 11 pagi
Tempat: Pejabat SEMESRA

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

24 November, 2014

Majlis Perpisahan Guru

Pada 21 November yang lalu telah diadakan satu Majlis Perpisahan Guru bagi guru-guru yang berpindah sekolah mulai Januari 2015.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada guru-guru yang berpindah iaitu Puan Hasnaa, Puan Gayatri dan Cik NoorHilma.


Seterusnya majlis penyampaian hadiah perpisahan bagi guru-guru yang diraikan ini.


Terima kasih diucapkan kepada guru-guru ini atas sumbangan kepada sekolah. Semoga guru-guru ini akan terus cemerlang di tempat baru.

17 November, 2014

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2014

Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4,

Dimaklumkan bahawa cuti akhir tahun persekolahan akan bermula pada Jumaat ini 21 November 2014. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SEMESRA dibenarkan untuk mengambil anak masing-masing mulai pukul 10.30  pagi.

Sekian, harap maklum.

05 November, 2014

SEMESRA diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Alhamdulillah SEMESRA telah diiktiraf sebagai salah satu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dalam satu majlis pengiktirafan yang telah diadakan di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan pada 30 Oktober yang lalu.

Anugerah ini telah diumumkan dan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada 13 sekolah yang terpilih bagi Kohort Kelima ini.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SEMESRA yang telah sama-sama membangunkan dan menaikkan prestasi sekolah sejak ia dibuka sehingga sekarang. Walaupun SEMESRA hanya berusia 5 tahun, ia telah berjaya menempatkan diri di kalangan sekolah-sekolah ternama yang lain.

Semoga dengan pengiktirafan ini SEMESRA akan terus berusaha untuk menjadi lebih gemilang dalam semua bidang seiring dengan misi sekolah untuk menghasilkan pelajar berperibadi unggul bertaraf dunia.

03 November, 2014

Good Luck Zealous!

Hari ini bermulalah perjuangan pelajar-pelajar Tingkatan 5 dalam peperiksaan SPM mereka. Guru-guru dan para pelajar SEMESRA telah sama-sama mengiringi pelajar-pelajar Tingkatan 5 ke Dewan Dato' Haji Azam.


Seluruh warga sekolah mendoakan agar batch Zealous akan berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM ini.

28 October, 2014

Makluman Outing Bermalam Pilihan

Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4,

Untuk makluman tuan puan, minggu ini merupakan Outing Bermalam Pilihan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4. Para pelajar mempunyai pilihan samada untuk pulang ke rumah atau tinggal di asrama pada minggu ini.

Bagi para pelajar yang membuat pilihan untuk pulang ke rumah, ibu bapa dan penjaga adalah dibenarkan untuk mengambil anak mereka selepas pukul 12.30 tengahri. Para pelajar perlu pulang semua ke asrama pada hari Ahad sebelum pukul 6 petang.

Sekian, harap maklum.

22 October, 2014

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Pelajar-pelajar Tingkatan 5

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 telah diadakan pada 21 Oktober yang lalu di Surau SEMESRA. Majlis bermula pada pukul 11 pagi dan dihadiri oleh ibu bapa serta penjaga para pelajar Tingkatan 5.

Puan Pengetua dalam ucapannya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan ibu bapa dan penjaga yang hadir. Beliau berharap agar seluruh warga sekolah dapat mendoakan dan memberi sokongan kepada para pelajar Tingkatan 5 dalam memastikan mereka dapat memberikan yang terbaik dalam peperiksaan mereka.



 
 
 


Seluruh warga SEMESRA mendoakan agar para pelajar Tingkatan 5 dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan SPM mereka yang akan bermula 3 November nanti, insyaAllah.

04 October, 2014

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Satu Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 telah diadakan pada 3 Oktober yang lalu di surau SEMESRA. Majlis ini telah dipimpin oleh Ustaz Nazdzarul Amir.


Ibu bapa, guru-guru beserta pelajar-pelajar Tingkatan 3 telah bersama-sama dalam mengaminkan kejayaan para pelajar Tingkatan 3 dalam pentaksiran yang bakal mereka hadapi bermula 13 Oktober nanti.

Semoga dengan berkat usaha dan doa, para pelajar Tingkatan 3 SEMESRA akan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PT3 mereka, insyaAllah.

30 September, 2014

Hari Anugerah Kokurikulum dan HEM 2014

Pada 27 September yang lalu telah diadakan Hari Anugerah Kokurikulum dan HEM bagi tahun 2014. Majlis ini telah diadakan untuk menghargai sumbangan para guru dan pelajar dalam menjadikan SEMESRA terkenal di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Majlis penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Datin Hajah Naimah binti Ahmad Dahalan, Pegawai Pendidikan Daerah Rembau.


Antara guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah:

 
 
 
 
 
 

Pada tahun ini terdapat 2 anugerah bagi rumah terbaik iaitu Rumah Terbaik Keseluruhan Aspura dan Rumah Terbaik Keseluruhan Aspuri. Rumah Akhirul Zaman telah berjaya membolot kedua-dua anugerah ini. Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan ahli-ahli rumah Akhirul Zaman.

 

Bagi Anugerah Khas Kepimpinan pula, ia telah dianugerahkan kepada Ameera Irisha binti Idrus. Tahniah diucapkan.


Syabas diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah diberi pengiktirafan dalam majlis ini. Semoga ia penjadi perangsang kepada semua untuk berusaha dengan lebig gigih lagi pada tahun hadapan.

09 September, 2014

Makluman Cuti Pertengahan Penggal 2

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SEMESRA,

Adalah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar SEMESRA akan pulang bercuti bagi Cuti Pertengahan Penggal Dua pada Jumaat ini. Para ibu bapa hanya dibenarkan untuk mengambil anak masing-masing mulai pukul 12.30 tengahari

Mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk mengikut ketetapan yang telah dinyatakan agar sesi persekolahan dapat berjalan dengan lancar.

Terima kasih atas perhatian dan makluman semua.

08 September, 2014

Kenyataan Tawaran Sebut Harga Kantin SEMESRA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan bagi Tawaran Sebut Harga Kantin SEMESRA bagi tahun 2015 dan 2016 adalah dibuka. Adalah dipelawa pengusaha-pengusaha kantin yang berpengalaman dan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod 080300 dan 080501 untuk memohon bagi mengendalikan kantin SEMESRA bagi tempoh 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2016.

Borang permohonan boleh didapati di pejabat sekolah pada harga RM 30.00 mulai 8 September hingga 19 September pada waktu pejabat.

Tawaran sebut harga hendaklah dihantar dalam sampul surat berlakri dan bertanda 'Sebut Harga Kantin Sekolah' di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum jam 5 petang pada 3 Oktober 2014.

Sekian, harap maklum.

04 September, 2014

Jemputan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin SPM 2014

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 5,

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin bagi pelajar-pelajar SPM pada ketetapan berikut:

Tarikh: 21 Oktober 2014
Masa: 10 pagi
Tempat: Surau SM Sains Rembau

Pihak sekolah dengan ini menjemput tuan/puan untuk sama-sama hadir dalam majlis ini. Perhatian dan kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

02 September, 2014

Kelas Tambahan Bahasa Jerman dan Bahasa Jepun dan Peperiksaan Bahasa Jerman dan Bahasa Jepun Tingkatan 5

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 5,

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang mengambil bahasa Jerman dan bahasa Jepun akan menghadapi Peperiksaan Bahasa Jerman dan Bahasa Jepun pada 23 September 2014 (Selasa).

Oleh yang demikian, kelas tambahan akan diadakan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan ini. Pelajar-pelajar yang terlibat diminta untuk pulang semula ke sekolah pada 18 September 2014 (Khamis) sebelum pukul 6 petang. Makan malam adalah disediakan.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Jemputan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin PT3 2014

Kepada ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 3,

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 3 Oktober 2014 (Jumaat)
Masa: 10 pagi
Tempat: Surau SM Sains Rembau

Sehubungan dengan ini, pihak sekolah dengan berbesar hati menjemput tuan/puan ke majlis tersebut. Sekian, harap maklum.

26 August, 2014

Jemputan ke Ceramah Bimbingan Awal Remaja

Makluman kepada ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 4,

Satu ceramah berkaitan remaja akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 29 Ogos 2014
Hari: Jumaat
Masa: 10 pagi
Tempat: Dewan Dato' Haji Azam
Penceramah: Ustaz Norazman bin Mohamed

Oleh yang demikian, ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 4 adalah dijemput hadir untuk menghadiri ceramah ini. Kehadiran tuan/puan adalah diwajibkan. 

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Majlis Perasmian Penutupan Minggu Bahasa 2014

Pada 25 Ogos yang lalu telah diadakan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Bahasa bagi tahun 2014 bagi Minggu Bahasa yang telah berlangsung dari 18 sehingga 22 Ogos.

Pelbagai pertandingan telah diadakan bagi mencungkil dan mengasah bakat para pelajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Antara pertandingan-pertandingan bagi kategori Bahasa Melayu yang telah dijalankan adalah Pertandingan Pidato, Syair, Bahas dan Sahibba. Bagi kategori Bahasa Inggeris pula, pelajar-pelajar telah berpeluang untuk menyertai Poem Writing Competition, Play Stations, Word Building and Spell It Right.

Antara gambar-gambar yang telah diambil sepanjang Minggu Bahasa:


 

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Pengetu Cemerlang SEMESRA Puan Hajah Norzila bt Idris.


 Antara pemenang-pemenang pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan

 
 
 
 

Tahniah diucapkan kepada semua yang telah mengambil bahagian. Diharapkan agar para pelajar telah berjaya menggunakan peluang ini untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa masing-masing.

14 August, 2014

Makluman

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga,

1. Tiada lawatan pada hari Sabtu ini (16 Ogos 2014).

2. Hari Ahad (17 Ogos) adalah hari outing harian bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 & 4 dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

3. Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5, hanya lawatan sahaja dibenarkan pada hari Ahad bermula pada pukul 8 pagi - 6 petang.

Sekian, harap maklum.

28 July, 2014

Majlis Khatam Al-Quran dan Perasmian Penutupan Ihya' Ramadhan 1435H

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani SEMESRA telah menganjurkan Majlis Khatam Al0Quran dan Perasmian Penutupan Ihya' Ramadhan pada 25 Julai yang lalu bertempat di Dewan Dato' Haji Azam.

Sempena kedatangan bulan mulia, bulan Ramadhan, pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan. Antaranya ialah Tadarus Al-Quran, Ceramah Bertema, Syarahan Agama, Tiru Macam Saya dan Pertandingan Mereka Kad Raya.


Diharapkan agar semua aktiviti yang telah dijalankan telah berjaya menanamkan cinta para pelajar untuk lebih menghayati bulan Ramadhan.