05 November, 2014

SEMESRA diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Alhamdulillah SEMESRA telah diiktiraf sebagai salah satu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dalam satu majlis pengiktirafan yang telah diadakan di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan pada 30 Oktober yang lalu.

Anugerah ini telah diumumkan dan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada 13 sekolah yang terpilih bagi Kohort Kelima ini.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SEMESRA yang telah sama-sama membangunkan dan menaikkan prestasi sekolah sejak ia dibuka sehingga sekarang. Walaupun SEMESRA hanya berusia 5 tahun, ia telah berjaya menempatkan diri di kalangan sekolah-sekolah ternama yang lain.

Semoga dengan pengiktirafan ini SEMESRA akan terus berusaha untuk menjadi lebih gemilang dalam semua bidang seiring dengan misi sekolah untuk menghasilkan pelajar berperibadi unggul bertaraf dunia.

1 comments:

musyahir said...

Tahniah & syabas!! satu pencapaian yang menakjubkan hanya dalam masa 5 tahun penubuhan.. satu rekod yang sukar ditandingi