25 August, 2017

Takwim September 2017

Untuk makluman semua, dipaparkan Takwim bagi bulan September untuk makluman dan tindakan tuan/puan.


Harap maklum.

17 August, 2017

Petronas Science Show Competition Peringkat Negeri 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan SEMESRA yang telah muncul Johan dalam Petronas Science Show Competition peringkat Negeri yang diadakan pada 16 Ogos yang lalu.


 

Dengan kejayaan ini, SEMESRA akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti.

Tahniah sekali lagi dan semoga pasukan ini akan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada peringkat kebangsaan pula.

11 August, 2017

Majlis Penyerahan Tugas Lembaga Pemimpin Pelajar (LPP)

Hari ini telah diadakan Majlis Penyerahan Tugas Lembaga Pemimpin Pelajar Sesi 2016/2017 di Dewan Dato' Haji Azam kepada barisan LPP bagi Sesi 2017/2018.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan terima kasih Ketua Pelajar Sesi 2016/2017 Muhammad Afif Zaim kepada semua wara SEMESRA atas kerjasama dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada barisan LPP bawah pimpinannya. Beliau juga memohon doa bagi pihak rakan-rakan Tingkatan 5 agar mereka berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM kelak.


Pengetua SEMESRA dalam ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada barisan LPP atas komitmen yang telah diberikan. Beliau berharap agar barisan LPP yang baru akan memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin pelajar.


Seterusnya pengumuman untuk barisan LPP bagi Sesi 2017/2018 pun dibuat oleh En Shafian, HEM SEMESRA. 


Seterusnya penyerahan simbolik dari Ketua Pelajar Sesi 2016/2017 kepada Ketua Pelajar Sesi 2017/2018 Abdul Hadi.


Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada barisan LPP 2016/2017 atas khidmat dan komitmen yang telah diberikan. Allah sahaja yang dapat membalasnya. Didoakan agar semua pelajar-pelajar Tingkatan 5 akan cemerlang dalam SPM yang bakal diduduki tidak lama lagi.

Bagi barisan LPP yang  baru, selamat menjalankan tugas. Tugas ini merupakan amanah yang sangat berat, semoga pemimpin yang telah terpilih dapat menjalankannya dengan baik.


06 August, 2017

Karnival Pendidikan Kerjaya SBP Kebangsaan Peringkat Zon 2 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan Karnival Kerjaya yang telah berjaya merangkul 2 emas dan 1 perak dalam Karnival Pendidikan Kerjaya SBP Kebangsaan Peringkat Zon 2 yang telah diadakan di Sekolah Perempuan Seremban baru-baru ini.

Anugerah Emas diperolehi daripada kategori e-Pendidikan Kerjaya (EPK) dan Folio Kerjaya manakala pingat Perak pula diperolehi melalui kategori Eksplorasi Alam Kerjaya.


Tahniah atas kejayaan yang sangat cemerlang ini. Semoga SEMESRA terus mencapai kegemilangan dalam apa sahaja pertandingan yang disertai, insyaAllah.

04 August, 2017

Pertandingan Robotik Peringkat Negeri 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan robotik sekolah yang telah berjaya menggondol satu pingat gangsa dan satu pingat perak dalam Pertandingan Robotik Peringkat Negeri baru-baru ini.

Pasukan NRC Football telah berjaya mendapat Naib Johan sementara pasukan Regular Pro B mendapat tempat ketiga. Pasukan Regular Pro A pula berjaya mendapat tempat ke-6.



Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. Untuk makluman semua, pasukan NRC Football layak untuk mewakili negeri di peringkat kebangsaan. Semoga kejayaan yang cemerlang akan dapat dicapai di peringkat kebangsaan nanti.


01 August, 2017

Fully Residential Schools International Symposium (FRSIS) 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan FRSIS yang berjaya mendapat Pingat Emas dalam Fully Residential Schools International Symposium 2017 yang telah diadakan di Sekolah Alam Shah, Putrajaya pada 28 - 31 Julai yang lalu. Tema pada tahun ini ialah Volunteerism Echoes Unity and Humanity.


Tahniah!