30 September, 2017

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat PT3

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat yang telah diadakan pada Sabtu lalu bersamaan 30 September di Surau An-Nur, SEMESRA.

Majlis diadakan untuk memohon keberkatan dam memohon doa dariNya agar para pelajar Tingkatan 3 diberikan ketenangan dan kemudahan untuk menjawab Peperiksaan PT3 yang akan bermula 9 Oktober nanti.


Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang turut hadir ke majlis ini untuk sama-sama mendoakan kecemerlangan anak-anak SEMESRA. Semoga doa semua akan diperkenankan olehNya, insyaAllah.

29 September, 2017

Perkampungan Intelek SPM 2017

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 5,

Satu program pecutan SPM akan diadakan untuk semua pelajar-pelajar Tingkatan 5 bermula 20 Oktober sehingga 22 Oktober nanti. Program ini dirancang bagi membantu pelajar-pelajar membuat persediaan intensif untuk SPM mereka yang tinggal hanya 37 hari sahaja lagi.

Oleh itu, besarlah harapan sekolah agar semua ibu bapa dan penjaga dapat memberi sokongan terhadap program ini dengan menghantar anak pulang ke asrama pada 19 Oktober (Khamis) sebelum pukul 6 petang.


Semoga dengan kebersamaan ini, anak-anak Tingkatan 5 akan dapat memacu prestasi diri dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti.

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2017

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga,

Dipaparkan Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2017 bagi Tingkatan 1, 2 dan 4.

Tingkatan 4

Tingkatan 1

Tingkatan 2

Sekian, harap maklum.

28 September, 2017

Jemputan ke Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat PT3

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 3,

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat PT3 mengikut ketetapan yang berikut:

Tarikh: 30 September 2017 ( Sabtu)
Masa: 9 - 11.30 pagi
Tempat: Surau An-Nur, SEMESRA

Oleh itu, pihak sekolah ingin menjemput ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 3 untuk sama-sama menghadiri majlis ini dan mendoakan kejayaan anak-anak SEMESRA.

Segala kerjasama dan sokongan tuan puan didahului dengan ucapan terima kasih.

22 September, 2017

Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2017

SEMESRA telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan pada 19 - 21 September yang lalu bertempat di Hotel Oriental Crystal, Kajang.  SEMESRA telah mengambil bahagian dalam kategori NRC Football.

 

Dalam pertandingan ini, SEMESRA yang mewakili Negeri Sembilan berjaya hingga ke pusingan kedua selepas mengalahkan  Melaka sebelum tewa kepada Terengganu.

Tahniah kepada pasukan NRC Football. Diharapkan agar dapat terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih baik dalam pertandingan-pertandinganyang akan datang.

18 September, 2017

Ceramah Kemerdekaan

Satu ceramah sempena Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada Jumaat lalu di Surai An- Nur, SEMESRA. Penceramah jemputan pada kali ini ialah Ustaz Mohd Azizie Hassan dari SMAP Labu.


Tajuk ceramah yang disampaikan olah Membina Negara Bangsa Menurut Perspektif Islam. Antara intipati ceramah ialah kepentingan penekanan terhadap aspek agama dan bangsa dalam pembangunan negara. Beliau juga menekankan bahawa pelajar-pelajar sebagai bangsa yang merdeka perlu memastikan diri adalah bebas dari penjajahan dan penguasaan hawa nafsu dan kebendaan.

Semoga pelajar-pelajar SEMESRA telah mengambil iktibar dari apa yang disampaikan. Sesunguhnya semua pihak memainkan peranan yang sangat penting dalam sama-sama untuk mengekalkan keharmonian negara ini.

08 September, 2017

Majlis Perpisahan Cik Norfarizan Mohamad

Hari ini telah diadakan Majlis Perpisahan Cik Norfarizan Mohamad, guru Bahasa Inggeris yang akan bertukar ke SM Sains Banting mulai minggu depan.

Pengetua SEMESRA dalam ucapan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Farizan atas khidmat yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Tetamu yang diraikan dalam ucapan beliau, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SEMESRA atas kerjasama dan pertolongan yang telah diberikan sejak beliau berkhidmat di SEMESRA mulai 2015. Beliau berharap agar pelajar-pelajar SEMESRA akan terus berusaha untuk cemerlang dalam semua aspek.


 Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dari warga SEMESRA.


Warga SEMESRA mengucapkan terima kasih atas segala khidmat dan sumbangan yang telah diberikan oleh Cik Farizan. Kami mendoakan agar Cik Farizan akan terus cemerlang di tempat baharu.