04 October, 2013

Jemputan ke Majlis Graduasi Tingkatan Lima 2013

Untuk perhatian dan tindakan ibu bapa pelajar-pelajar Tingkatan 5,

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Sains Rembau akan mengadakan Majlis Graduasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 pada ketetapan berikut:

Tarikh   : 10 Oktober 2013 (Khamis)
Tempat  : Dewan Haji Azam, SEMESRA
Masa     : 8.30 malam

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berbesar hati menjemput tuan/puan sebagai tetamu dalam majlis ini. 

Kepada ibu bapa yang dapat hadir ke majlis ini, dimohon untuk membuat pengesahan kehadiran kepada Puan Hamidah bt. Hanib (017 - 239 5121) atau Puan Khafifah binti Asri (013- 796 0516) pada atau sebelum 7 Oktober 2013.

Terima kasih atas perhatian dan tindakan tuan/puan.

02 October, 2013

Semoga Berjaya Valedictorian Cycle 2!

Hari ini bermulalah peperiksaan PMR bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia. Semoga semua calon PMR SEMESRA akan dapat menjawab soalan dengan tenang.


Seluruh warga SEMESRA mendoakan agar kejayaan cemerlang 8As akan menjadi milik batch Valedictorian Cycle 2. Buat sehabis baik!
 

01 October, 2013

Persiapan Terakhir Calon-calon PMR 2013

Calon-calon PMR SEMESRA pada hari ini telah dibekalkan dengan alat kelengkapan alat tulis sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh barisan pentadbir dan juga guru-guru kelas. 

Sebelum majlis penyerahan, pelajar-pelajar telah diberi kata-kata semangat supaya dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan mereka.


Seterusnya, para pelajar Tingkatan 3 telah menghadiri satu pertemuan ringkas bersama Pengetua Kanan SEMESRA Puan Hjh Norzila binti Idris di surau. Dalam pertemuan ini, Puan Hjh Norzila mengingatkan para pelajar untuk menjaga kesihatan supaya dapat menjawab soalan dengan baik. Beliau juga berharap agar para pelajar akan memberi yang terbaik bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam PMR kali ini.



Diharapkan agar para pelajar PMR telah pun bersedia untuk menghadapi peperiksaan PMR yang akan bermula esok. Warga SEMESRA akan terus mendoakan agar kejayaan gemilang akan menjadi milik semua calom PMR SEMESRA.