01 October, 2013

Persiapan Terakhir Calon-calon PMR 2013

Calon-calon PMR SEMESRA pada hari ini telah dibekalkan dengan alat kelengkapan alat tulis sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh barisan pentadbir dan juga guru-guru kelas. 

Sebelum majlis penyerahan, pelajar-pelajar telah diberi kata-kata semangat supaya dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan mereka.


Seterusnya, para pelajar Tingkatan 3 telah menghadiri satu pertemuan ringkas bersama Pengetua Kanan SEMESRA Puan Hjh Norzila binti Idris di surau. Dalam pertemuan ini, Puan Hjh Norzila mengingatkan para pelajar untuk menjaga kesihatan supaya dapat menjawab soalan dengan baik. Beliau juga berharap agar para pelajar akan memberi yang terbaik bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam PMR kali ini.



Diharapkan agar para pelajar PMR telah pun bersedia untuk menghadapi peperiksaan PMR yang akan bermula esok. Warga SEMESRA akan terus mendoakan agar kejayaan gemilang akan menjadi milik semua calom PMR SEMESRA.

0 comments: