19 July, 2013

Majlis Iftar Bersama Pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia

Pada 16 Julai yang lalu SEMESRA telah menerima lawatan daripada pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah berkesempatan untuk sama-sama berbuka puasa  dan solat tarawikh dengan warga SEMESRA. Rombongan ini diketuai oleh Dr. Masnah binti Ali Muda, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM.

Pengetua Kanan SEMESRA bersama Dr. Masnah


Terima kasih atas kunjungan ini. Semoga diberi kesempatan untuk bersama-sama lagi dalam majlis-majlis yang lain.

15 July, 2013

Jalinan SEMESRA Tingkatan 2 dan 3

Pada Jumaat yang lepas telah diadakan Jalinan SEMESRA bagi pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan 3. Ia diadakan khas bagi memberi peluang kepada guru, ibu bapa dan pelajar untuk sama-sama berbincang dan bertukar pendapat demi kemajuan akademik juga sahsiah para pelajar. 


Majlis ini telah bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. 

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah hadir ke majlis ini. Sesungguhnya kehadiran tuan puan telah memperlihatkan keprihatinan dan kesungguhan pihak tuan puan dalam usaha memastikan kejayaan anak-anak SEMESRA. Semoga dengan sokongan padu ini, pencapaian anak-anak SEMESRA akan lebih terus gemilang, insyaAllah.

10 July, 2013

Festival Bahasa Jepun 2013

Karnival Bahasa Jepun 2013 telah diadakan pada 6 Julai yang lalu bertempat di SMK Precinct 8, Putrajaya. Seramai 40 orang pelajar bahasa Jepun SEMESRA telah berpeluang untuk menyertai karnival ini.

Karnival satu hari ini telah memberi pendedahan kepada peserta mengenai kebudayaan masyarakat Jepun. Para pelajar berpeluang untuk mencuba memasak masakan Jepun, membuat kraftangan Jepun dan sebagainya.



Diharapkan agar pendedahan sebegini akan dapat menaikkan lagi minat dan semangat para pelajar SEMESRA untuk mempelajari bahasa asing.

09 July, 2013

Majlis Perpisahan bagi Guru-guru yang Berpindah

Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 4 Julai yang lalu bertempat di Dewan Dato' Hj Azam bagi meraikan guru-guru yang akan bertukar pada bulan Julai ini. 

Pengetua Kanan SEMESRA Puan Hajah Norzila binti Idris dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada keempat-empat guru ini atas segala usaha dan budi yang telah dicurahkan kepada bumi SEMESRA. Beliau mendoakan agar guru-guru ini akan terus dapat berkhidmat  dengan cemerlang di tempat yang baru disamping keluarga tersayang.


Seterusnya guru-guru tersebut telah diberi peluang untuk memberikan sepatah dua kata di dalam majlis ini.

Puan Norin Norain bt Zulkifli

Puan Zalika Ainaa bt Raatu

 Encik Muhammad Saufi bin Othman

 
 Encik Muhammad bin Derus

Untuk pengetahuan semua, Puan Norin akan mula bertugas di tempat baharu iaitu SM Sains Banting, Selangor manakala Puan Zalika pula akan bertugas di SMK Ulu Kinta, Perak. Encik Saufi akan bertukar ke Sekolah Alam Shah, Putrajaya manakala Encik Muhammad akan ke Sekolah Muzaffar Syah, Melaka.

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru tersebut atas segala jasa kepada warga SEMESRA. Didoakan agar guru-guru ini akan terus dapat berkhidmat dengan cemerlang di tempat yang baru.

08 July, 2013

Kejohanan Olahraga Tahunan SEMESRA Kali Ke-4

Kejohanan Olahraga Tahunan SEMESRA Kali Ke-4 telah berlangsung pada 5 Julai yang lalu dengan jayanya. Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat sukan para pelajar SEMESRA selain daripada menyemai semangat kesukanan dikalangan mereka.

Kejohanan ini telah dimulakan dengan lintas hormat oleh kontinjen-kontinjen rumah sukan. Pada kali ini, terdapat sedikit kelainan apabila unit-unit beruniform juga telah turut sama mengiringi perbarisan masuk kontinjen-kontinjen rumah sukan.

 rumah-rumah sukan

 antara unit-unit beruniform SEMESRA

Selepas ucapan perasmian oleh tetamu jemputan iaitu Tn. Hj Amir Sharifuddin bin Ahmad, Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, kejohanan diteruskan dengan acara-acara sukan. Pencapaian pelajar-pelajar SEMESRA pada kejohanan ini amat cemerlang apabila banyak rekod kejohanan telah berjaya dipecahkan dan diperbaiki.


Selain daripada acara padang, pertandingan khemah sukan juga telah diadakan seperti tahun-tahun yang lalu.


Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada semua pemenang. 

 antara pemenang-pemenang pada tahun ini

Untuk kali keempat berturut-turut, rumah Johan Pahlawan telah muncul sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga Tahunan sementara Perbarisan dan Hiasan Khemah pula telah dimenangi oleh rumah Lela Maharaja.

Berikut adalah senarai atlet terbaik mengikut kategori:

Atlet Terbaik L13 - Muhammad Amerul Syazwan bin Ismail (KP)
Atlet Terbaik P13 - Siti Anisah binti Amran (JP)
Atlet Terbaik L15 - Muhammad Izmeer bin Mud Jaferi (LM)
Atlet Terbaik P15 - Nur Aliya Zulaika binti Azhar (AZ)
Atlet Terbaik L18 - Muhammad Naim bin Zulkilfli (JP)
Atlet Terbaik P18 - Nur Fika Anira binti Yahya (LM)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Bagi yang kurang berjaya, teruskan usaha agar prestasi akan dapat dipertingkatkan dalam kejohanan akan datang. Majulah sukan untuk SEMESRA.

01 July, 2013

Jemputan ke Kejohanan Olahraga Tahunan SEMESRA Kali Ke-4

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, 

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Sains Rembau akan mengadakan Kejohanan Tahunan Kali Ke-4 seperti butiran berikut:

Tarikh: 5 Julai 2013 (JUMAAT)
Masa: 8.45 pagi
Tempat: Padang SEMESRA

Pihak sekolah sangat berbesar hati menjemput tuan/puan untuk sama-sama hadir ke kejohanan ini. Semoga kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi temasya sukan sekolah pada tahun ini.