26 December, 2012

Makluman Penting

Untuk makluman dan tindakan semua,

1. Perhatian kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2011, sijil SPM anda sudah boleh diambil dari pejabat sekolah.

2. Bagi pelajar-pelajar lepasan SPM 2012, sijil berhenti sekolah dan folder sijil SPM 2012 anda sudah boleh mula diambil dari pejabat sekolah.

3. Bagi pelajar-pelajar yang terlibat dengan Kursus Kepimpinan (Pemimpin Pelajar), anda dikehendaki untuk kembali ke sekolah pada hari Sabtu (29.12.2012) ini. Segala urusan pendaftaran kursus, pembayaran yuran makan, koperasi dan PIBG akan dibuat di Dewan Dato' Azam mulai pukul 2 petang hingga 4 petang.

4. Bagi pelajar-pelajar yang lain (Tingkatan 2, 3, 4 dan 5), anda dikehendaki untuk kembali ke sekolah pada hari Selasa 1.1.2013. Urusan pendaftaran kelas, pembayaran yuran makan, koperasi dan PIBG akan dibuat di Dewan Dato' Azam mulai 2 petang hingga 6 petang.

Sekian, harap maklum.

21 December, 2012

Keputusan PMR 2012

Pada 19 Disember yang lalu telah diumumkan keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2012.

Alhamdulillah, dari 150 calon SEMESRA seramai 119 telah berjaya mencapai keputusan straight As. Tahniah diucapkan! Dengan keputusan ini, SEMESRA berjaya menempatkan diri sebagai sekolah kedua terbaik di Negeri Sembilan selepas Kolej Tunku Kurshiah.

SEMESRA telah mencapai GPS 1.04 dan dua mata pelajaran telah berjaya mendapat 100% A iaitu mata pelajaran Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup.

Slip keputusan telah disampaikan oleh YB Zaiful Bahari, ADUN Chembong kepada para pelajar yang berjaya mendapat straight 8As.


 wajah-wajah kegembiraan

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan ini. Diharapkan kejayaan ini akan dijadikan pembakar semangat untuk terus berusaha dalam mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Bagi yang kurang  bernasib baik, diharapkan ini tidak akan mematahkan semangat untuk berusaha dengan lebih gigih di masa hadapan.

07 December, 2012

Markah Kokurikulum Tingkatan 5

Untuk makluman dan tindakan para pelajar Tingkatan 5 2012, berikut dipaparkan markah kokurikulum bagi urusan permohonan dan kemasukan universiti. Markah akhir para pelajar adalah markah di dalam kotak yang di'highlight.

Senarai nama adalah mengikut abjad dan kelas masing-masing.

*click for larger view


  Ain Nurshahira (5A) - Nur Imanina (5A)
Nursyafika (5A) -  Muhd Salahuddin (5B)

 Nabilah (5B) - Muhd Fakhrul Haziq (5C)

 Muhd Hanif Ikhwan (5C) - Muhd Amirul Aizat (5D)

 Muhd Danial Hazuki (5D) - Atiqah Adlina (5E)

 Daniel Hidayat (5E) - Afiqah (5F)

 Ahmad Ameer (5F) - Nuraziemah (5F)

 Nurul Atika (5F) - Nik Alia Qistina (5G)

Nik Aliaa Qistina (5G) - Siti Aisyah (5G)

Sekian, harap maklum.

29 November, 2012

Prodigy's Galanite

Semalam telah diadakan Malam Graduasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 di Ayer Keroh D'Village, Melaka. Majlis bermula pada pukul 8.30 malam selepas kehadiran Pengetua Kanan SEMESRA dan guru-guru ke dewan jamuan.

Kemudiannya, tibalah pula giliran para pelajar Tingkatan 5 mengambil tempat duduk masing-masing. Selepas ucapan ringkas oleh Pengetua SEMESRA, giliran ketua batch Prodigy pula memberi ucapan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan persembahan-persembahan oleh para pelajar Tingkatan 5 sambil tetamu menjamu selera.


Dengan bertemakan Classical & Elegant, para pelajar tampak anggun dan segak sekali. Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis tersebut:


Tahniah kepada semua pelajar batch Prodigy kerana berjaya menamatkan sesi persekolahan anda dengan jayanya. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua. Diharapkan apabila anda semua kembali ke sekolah pada bulan Mac 2014, ia adalah untuk membawa khabar gembira kepada warga SEMESRA yang lain.

12 November, 2012

Majlis Tautan Kasih Kelab Guru dan Staf SEMESRA

Kelab Guru dan Staf SEMESRA telah menganjurkan Majlis Tautan Kasih di Tanjung Bidara Beach Resort pada 9 November yang lalu.Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua guru dan staf yang telah memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada sekolah.

Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti jamuan makan, persembahan guru-guru dan staf, acara cabutan bertuah dan juga acara petunjukan api dari pihak hotel.


Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah banyak menyumbang samada dari segi tenaga mahupun wang ringgit dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga SEMESRA atas khidmat dan sumbangan yang telah diberi kepada sekolah pada tahun 2012. Semoga tahun hadapan SEMESRA akan lebih gemilang dengan gemblengan tenaga semua guru dan staf sokongan, insya Allah.

10 November, 2012

Terima kasih dan Selamat Berkhidmat di Tempat yang Baru

Pada 9 November iaitu hari terakhir persekolahan bagi sesi 2012, telah diadakan satu perhimpunan ringkas sebelum warga SEMESRA balik bercuti. Selain daripada memberi ingatan kepada para pelajar, satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan 2 orang guru SEMESRA yang akan berkhidmat di tempat yang baru mulai tahun 2013.

Dua orang guru tersebut adalah Encik Arsad (guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu) dan juga Encik Haikal (guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam). Encik Arsad akan mula berkhidmat di SMK Methodist (ACS), Seremban manakala Encik Haikal pula akan berpindah ke Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

Kedua-dua guru ini telah diberi peluang untuk memberikan sepatah dua kata kepada warga SEMESRA sempena hari terakhir mereka berkhidmat di bumi SEMESRA.

 Encik Arsad

Encik Haikal

Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua guru ini atas khidmat dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang berada di SEMESRA. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasa kalian. Selamat berkhidmat di tempat yang baru dan semoga akan terus cemerlang di tempat yang baru.

06 November, 2012

Semoga Beroleh Kejayaan Cemerlang, Prodigy

Pada 5 November yang lalu, bermulalah perjuangan para pelajar Tingkatan 5 SEMESRA dalam mengharungi peperiksaan SPM. Setelah berbulan-bulan membuat persiapan rapi bagi menghadapi peperiksaan ini, tibalah masanya untuk para pelajar menjawab kertas soalan peperiksaan yang sebenar.

Seluruh warga SEMESRA telah mengiringi para pelajar Tingkatan 5 ini dengan membuat laluan dari bangunan akademik ke Dewan Dato' Haji Azam sebagai tanda sokongan mereka kepada calon-calon peperiksaan SPM 2012 ini.


Didoakan agar para pelajar Tingkatan 5 akan berjaya menjawab kertas peperiksaan dengan baik. Didoakan juga agar mereka dikurniakan dengan kesihatan yang baik dalam menghadapi peperiksaan yang penting ini. 

Seluruh warga SEMESRA mendoakan agar batch Prodigy ini akan beroleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM, Amin.

26 October, 2012

Jadual Waktu Peperiksaan SPM & Jadual Harian Semasa Peperiksaan SPM 2012

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga serta para pelajar Tingkatan 5, disertakan maklumat mengenai Jadual Waktu Peperiksaan SPM serta Jadual Harian Semasa Peperiksaan SPM untuk rujukan bersama.

23 October, 2012

Program Pengantarabangsaan Ke Padang, Indonesia

Pada 19 - 22 Oktober yang lalu, SEMESRA telah mengadakan satu lawatan program pengantarabangsaan ke Padang, Indonesia. Lawatan ini telah disertai oleh 14 orang guru serta 24 orang pelajar SEMESRA.

Rombongan SEMESRA telah melawat SMP Negeri 1 Padang, Indonesia bagi tujuan program Penanda Aras. Antara objektif lawatan ini adalah untuk  meningkatkan kepakaran dalam teknik pengajaran dan pembelajaran melalui program perkongsiaan pengurusan panitia. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada para pelajar untuk bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan dengan para pelajar SMP Negeri 1.

Kedatangan rombongan SEMESRA disambut dengan meriah dan selepas itu para peserta rombongan telah dibawa ke sekitar sekolah sambil bertukar-tukar pandangan dan fikiran dalam usaha memantapkan lagi pengurusan sekolah masing-masing.


Semoga lawatan ini telah dapat memberi manfaat dan cetusan buah fikiran kepada kedua-dua sekolah dalam usaha untuk memartabatkan sekolah masing-masing ke peringkat yang lebih baik di masa hadapan.

09 October, 2012

All the Best, Zealous!

 

Pada hari ini bermulalah peperiksaan PMR bagi semua pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia. Selepas membuat persiapan rapi bagi menghadapi peperiksaan ini, tibalah masanya bagi Zealous untuk menduduki peperiksaan ini.

 

Selamat berjaya diucapkan kepada Zealous. Semoga 8A akan berjaya didalam genggaman, insyaAllah. Lakukan sehabis baik!