21 December, 2012

Keputusan PMR 2012

Pada 19 Disember yang lalu telah diumumkan keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2012.

Alhamdulillah, dari 150 calon SEMESRA seramai 119 telah berjaya mencapai keputusan straight As. Tahniah diucapkan! Dengan keputusan ini, SEMESRA berjaya menempatkan diri sebagai sekolah kedua terbaik di Negeri Sembilan selepas Kolej Tunku Kurshiah.

SEMESRA telah mencapai GPS 1.04 dan dua mata pelajaran telah berjaya mendapat 100% A iaitu mata pelajaran Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup.

Slip keputusan telah disampaikan oleh YB Zaiful Bahari, ADUN Chembong kepada para pelajar yang berjaya mendapat straight 8As.


 wajah-wajah kegembiraan

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan ini. Diharapkan kejayaan ini akan dijadikan pembakar semangat untuk terus berusaha dalam mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Bagi yang kurang  bernasib baik, diharapkan ini tidak akan mematahkan semangat untuk berusaha dengan lebih gigih di masa hadapan.