31 October, 2016

Takwim November 2016

Berikut disertakan Takwim November untuk rujukan tuan/puan.

27 October, 2016

Pertandingan Petrosains Science Show Peringkat Kebangsaan 2016

SEMESRA terus melakar kejayaan gemilang apabila berjaya muncul Pemenang Pingat Perak dalam Pertandingan Petrosains Science Show 2016 Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Auditorium Komplek E, Putrajaya. bermula 25 - 27 Oktober 2016.

SEMESRA merupakan wakil Negeri Sembilan dalam pertandingan ini selepas berjaya muncul johan pertandingan di peringkat negeri.


Alhamdulilah, berkat usaha peserta-peserta di bawah bimbingan guru-guru serta doa dari seluruh warga sekolah, SEMESRA telah berjaya mencapai kejayaan yang amat cemerlang. Tahniah sekali lagi. Semoga SEMESRA akan terus gemilang dalam apa sahaja bidang yang diceburi.

Karnival Pendidikan Kerjaya SBP Peringkat Kebangsaan 2016

Karnival Pendidikan Kerjaya SBP Peringkatan Kebangsaan telah diadakan pada 25 - 27 Oktober 2016 bertempat di Sekolah Perempuan Seremban. SEMESRA yang telah berjaya muncul johan dalam dua pertandingan yang diadakan di peringkat zon telah mengambil bahagian.

Alhamdulillah, SEMESRA berjaya melakar kejayaan yang gemilang dalam pertandingan kali ini. Pasukan E-Pendidikan Kerjaya telah berjaya mencapai Anugerah Emas manakali pasukan Folio Kerjaya berjaya mendapat Anugerah Gangsa.


Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Sekalung apresiasi juga bagi guru-guru Unit Bimbingan dan Kaunseling yang telah membantu menyelia persediaan peserta-peserta SEMESRA.

25 October, 2016

STAR National Soccer Under 15

Pada 22 - 24 Oktober yang lalu, SEMESRA telah menghantar pasukan bola sepak bawah 15 tahun untuk menyertai STAR National Soccer Under 15 2016 bertempat di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh.

Dalam pertandingan ini, SEMESRA telah berjaya menjadi Johan Kategori Bowl. 


Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SEMESRA. Semoga kejayaan ini akan menjadi perangsang untuk pasukan bola sepak untuk terus cemerlang dalam semua pertandingan yang disertai.

Takwim Oktober 2016

Untuk makluman warga SEMESRA, dilampirkan takwim Oktober untuk makluman dan tindakan tuan/puan.


22 October, 2016

Jadual Warden November 2016

Berikut adalah Jadual Warden bagi bulan November untuk makluman dan tindakan tuan puan.


Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2016

Pada hari ini bersamaan 22 Oktober hari Sabtu telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Menengah Sains Rembau. Para pelajar telah diminta untuk berkumpul di tempat permulaan pada pukul 7 pagi. Selepas taklimat ringkas, para pelajar dikehendaki untuk bersedia di tempat pelepasan mengikut kategori masing-masing.


Pelajar-pelajar perempuan telah dilepaskan dahulu dengan diikuti pelajar-pelajar lelaki.


Semua pelajar berjaya menamatkan larian pada pukul 9.30 pagi. Majlis penyampaian hadiah dimulakan pada pukul 10 pagi. Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat tempat pertama hingga ke-15.
 

Berikut adalah johan mengikut kategori:
Perempuan Bawah 15 - Akhirul Zaman
Lelaki Bawah 15 - Lela Maharaja
Perempuan Bawah 18 - Kelana Petra
Lelaki Bawah 18 - Kelana Petra
JOHAN KESELURUHAN - JOHAN PAHLAWAN

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Tahniah juga diucapkan semua pelajar yang telah menamatkan larian.

13 October, 2016

Outing Bermalam Tingkatan 3

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 3,

Pelajar-pelajar Tingkatan 3 adalah dibenarkan untuk outing bermalam pada minggu ini. Mereka dibenarkan untuk balik pada 14 Oktober (Jumaat) mulai pukul 12.30 tengah hari. Para pelajar diminta untuk pulang semula ke asrama pada 16 Oktober (Ahad) sebelum pukul 5 petang.

Sekian, harap maklum.

09 October, 2016

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin PT3 dan SPM

Pada Sabtu lalu bersamaan 8 Oktober telah diadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin bagi pelajar-pelajar PT3 dan SPM di Surau An-Nur, SEMESRA.


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP SEMESRA Encik Azhar bin Mohamed. Beliau berharap agar semua pihak dapat sama-sama mendoakan agar pelajar-pelajar SEMESRA dapat menjawab peperiksaan dengan baik serta dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang minggu peperiksaan. Seterusnya beliau sendiri telah memimpin Bacaan Yassin bagi semua yang hadir dalam majlis tersebut.



Majlis diteruskan dengan solat hajat dan bacaan doa yang telah diketuai oleh Ustaz Nazdzarul Amir. Seluruh warga SEMESRA mendoakan agar pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 akan berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing, insyaAllah.

08 October, 2016

Kejohanan Olahraga MSS Negeri Sembilan

Seramai 11 pelajar SEMESRA telah terpilih mewakili Rembau ke Kejohanan Olahraga MSS Negeri Sembilan yang telah diadakan di  Sekolah Sukan SMK Zaba, Kuala Pilah pada 5 - 7 Oktober yang lalu.


 

Tahniah diucapkan kepada atlit-atlit sekolah yang telah terpilih untuk mewakili daerah. Walaupun tidak berjaya mendapat sebarang pingat, kejayaan mewakili daerah adalah membanggakan sekolah. Diharapkan agar atilit-atlit sekolah dapat memantapkan diri  agar kejayaan dapat diukir dalam kejohanan negeri yang akan datang.

07 October, 2016

Majlis Restu Ilmu PT3

Pada 7 Oktober yang lalu telah diadakan Majlis Restu Ilmu bagi calon-calon peperiksaan yang akan menduduki Penilaian Tingkatan 3 (PT3) di Dewan Dato' Haji Azam. Majlis dimulakan dengan ucapan Penolong Kanan SEMESRA, Cik Sharizan binti Sheikh Osman.


Majlis diteruskan dengan pengagihan alat tulis kepada para pelajar oleh guru-guru tingkatan 3. Kemudiannya para pelajar telah mengambil peluang untuk memohon maaf dan restu dari guru-guru yang hadir dalam majlis tersebut.


Seluruh warga SEMESRA mendoakan agar para pelajar Tingkatan 3 dapat menjawab semua kertas dengan baik. Semoga segala usaha yang telah dilakukan dapat membantu para pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PT3 ini, insyaAllah.

05 October, 2016

Jemputan ke Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin SPM dan PT3

Sukacita dimaklumkan bahawa SEMESRA akan mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin SPM dan PT3 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 8 Oktober 2016 (Sabtu)
Masa: 9 - 11 pagi 
*Pendaftaran bermula pada pukul 8 pagi untuk penyerahan slip keputusan Peperiksaan Percubaan SPM
Tempat: Surau An - Nur, SEMESRA

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

03 October, 2016

Jadual Bertugas Warden Oktober 2016

Untuk makluman warga SEMESRA,

Berikut adalah Jadual Bertugas Warden bagi bulan Oktober 2016 untuk makluman dan tindakan tuan/puan.

Terima kasih, harap maklum.

01 October, 2016

Outing Harian 2 Oktober 2016

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 4,

1. Pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 4 dibenarkan untuk outing harian bersama ibu bapa atau penjaga pada 2 Oktober (Ahad) dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Mereka hanya dibenarkan keluar bersama ibu bapa atau penjaga SAHAJA dan tidak dibenarkan untuk menumpang orang lain.

2. Outing pada hari dan waktu yang lain tidak dibenarkan kerana jadual ulangkaji bersama guru telah disediakan bagi membantu para pelajar Tingkatan 3 dan 4 untuk membuat persediaan yang rapi sebelum peperiksaan mereka yang akan bermula pada minggu hadapan.

Sekian, harap maklum.