29 August, 2016

Jadual Warden September 2016

Untuk makluman dan tindakan tuan/puan, disertakan Jadual Warden September 2016.


Kejohanan Olaharaga Peringkat MSS Daerah Rembau 2016

Pada 16 sehingga 18 Ogos yang lalu telah diadakan Kejohanan Olahraga Peringkat MSS Daerah Rembau bertempat di padang SMK Undang Rembau. SEMESRA telah menghantar atlit-atlit sekolah untuk memberi saingan kepada atlit-atlit sekolah daerah Rembau.





Pada kejohanan kali ini, SEMESRA telah berjaya mengutip 8 pingat emas, 10 perak dan 22 gangsa. Tahniah diucapkan kepada kontingen SEMESRA dan diharapkan agar pencapaian kali ini akan menjadi pendorong untuk pasukan olahraga sekolah mencapai kejayaan yang lebih baik dalam kejohanan yang akan datang.

27 August, 2016

Kem Falak Peringkat Negeri Sembilan 2016

SEMESRA telah berpeluang menyertai Perkhemahan Falak Peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 22 - 24 Ogos yang lalu bertempat di Kem Pusako Hasan Basir, Batu Kikir Negeri Sembilan. Kem ini dianjurkan oleh Unit Falak jabatan Mufti Negeri Sembilan dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Mufti Negeri Sembilan.

Seramai 10 orang peserta SEMESRA bersama-sama dengan 140 peserta dari Kelab Falak sekolah-sekolah Negeri Sembilan telah mengikuti pelbagai aktiviti yang disediakan seperti pemasangan teleskop, cerapan malam, astrofotografi, penentuan arah kiblat, flying fox, memanjat tembok serta pembinaan jam matahari.


Semoga kem ini telah sedikit sebanyak memberi ilmu dan kesedaran kepada semua peserta akan kepentingan ilmu falak ini dalam agama serta kehidupan. Diharapkan ilmu yang diperolehi akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

25 August, 2016

Program Semarak Kelab Rukun Negara Daerah Rembau 2016

Pada 20 Ogos yang lalu, bertempat di Pusat Rukun Tetangga Sungai Layang, Rembau telah diadakan Program Semarak Kelab Rukun Negara dan Kembara 1Hati 1Aspirasi Peringkat Rembau.

SEMESRA telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Puisi dan Lagu dan muncul Johan dalam pertandingan tersebut.



Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian.

24 August, 2016

Majlis Penganugerahan Pingat Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

Pada 13 Ogos yang lepas bertempat di Istana Hinggap, Seremban telah diadakan satu Majlis Penganugerahan Pingat  bagi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negeri Sembilan.

Salah seorang pelajar SEMESRA lepasan SPM 2015 iaitu Siti Hajar binti Ibrahim telah dianugerahkan dengan Anugerah Pingat Jasa Belia atas khidmat dan penglibatan aktif dalam PBSM. Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Mukriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan untuk menyampaikan anugerah tersebut kepada semua penerima pingat.



Tahniah diucapkan kepada Siti Hajar dan semoga anugerah pingat ini akan menjadi pendorong kepada beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat. Tahniah!

15 August, 2016

Pertandingan Kawad Kaki Badan-badan Beruniform Peringkat Negeri Sembilan

Pada 13 Ogos yang lalu telah diadakan Pertandingan Kawad Badan-badan Beruniform Peringkat Negeri Sembilan di Padang Kawad PUSASDA, Port Dickson.

SEMESRA telah terpilih mewakili daerah Rembau bagi kategori NGO Lelaki (Pengakap), KRS Lelaki dan Perempuan dan  GO Perempuan (Kadet Polis). 

Dalam pertandingan ini, daerah Rembau yang diwakili oleh SEMESRA telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori NGO Lelaki.


Tahniah diucapkan kepada pasukan pengakap lelaki SEMESRA atas kejayaan yang diperolehi. Tahniah juga diucapkan kepada pasukan-pasukan lain atas kesungguhan yang ditunjukkan. Semoga badan beruniform SEMESRA akan terus gemilang dalam semua pertandingan yang disertai.

14 August, 2016

8th MUSLEH International Students Debating Championship 2016

Pada 11 hingga 14 yang lalu, SEMESRA telah menghantar dua pasukan bahas iaitu pasukan bahasa Bahasa Melayu dan pasukan bahas Bahasa Inggeris untuk menyertai 8th MUSLEH International Students Debating Championship yang bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Kejohanan ini telah disertai oleh bukan sahaja sekolah-sekolah dalam negara tetapi ia juga telah disertai oleh sekolah-sekolah luar negara seperti Singapura dan Indonesia.


Dalam pertandingan ini, pasukan bahas Bahasa Melayu berjaya mencatatkan kemenangan sebanyak 3 kali dari 5 perlawanan sementara pasukan bahas Bahasa Inggeris mencatatkan kemenangan sebanyak 2 kali. Dengan keputusan ini kedua-dua pasukan tidak berjaya untuk ke pusingan seterusnya.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pembahas-pembahas sekolah yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan persembahan yang terbaik dalam pertandingan ini. Semoga pengalaman yang ditimba di MUSLEH ini akan dapat dijadikan panduan untuk mencatat keputusan yang lebih baik dalam pertandingan-pertandingan yang lain, insyaAllah.

Junior English Innovation Lab

Pada 11 sehingga 13 Ogos yang lalu, SEMESRA telah mengambil bahagian dalam pertandingan Junior English Innovation Lab yang telah diadakan di MRSM Gemencheh. Pertandingan yang bertaraf antarabangsa ini telah disertai oleh semua MRSM Zon Selatan, SBP Negeri Sembilan, sekolah-sekolah harian Negeri Sembilan dan juga Indonesia.

Dalam pertandingan ini, para peserta telah membentangkan inovasi masing-masing yang telah membantu diri mereka serta rakan- rakan untuk belajar sesuatu topik atau subjek dengan lebih berkesan.

SEMESRA telah membentangkan projek inovasi untuk subjek Bahasa Inggeris dengan tajuk Snakes and Ladders v2.0.


SEMESRA telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam kategori Bahasa Inggeris dan mendapat kedudukan ke-8 antara 34 projek yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada para peserta. Semoga kejayaan ini akan memberi perangsang kepada semua pelajar untuk berdaya kreatif dan berinovasi dalam memastikan teknik pembelajaran mereka adalah berkesan dan berdaya saing. 

Fully Residential Schools International Symposium (FRSIS) 2016

Pada 9 hingga 13 Ogos yang lalu, SEMESRA telah menyertai Fully Residential Schools International Symposium (FRSIS) yang diadakan di SM Sains Selangor. Pertandingan yang bertaraf antarabangsa ini disertai oleh semua SBP serta sekolah-sekolah jemputan dari Singapura, India, Filipina, Vietnam, Thailanda dan Indonesia.

Pada tahun ini FRSIS bertemakan Education dan SEMESRA telah diundi untuk  membentangkan tajuk Financial Stability Promotes Nation Building.


Alhamdulillah, SEMESRA telah berjaya mendapat Silver Award dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. Semoga SEMESRA terus gemilang di persada antarabangsa.

06 August, 2016

Petrosains Science Show Competition Peringkat Negeri Sembilan 2016

Pada 4 Ogos yang lalu, SEMESRA telah menyertai Petrosains Science Show Competition peringkat negeri bertempat di SMK Seremban 3.


Alhamdulillah, SEMESRA telah muncul sebagai johan negeri dan seterusnya akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar serta guru-guru yang terlibat atas kejayaan yang cemerlang ini. 

04 August, 2016

Takwim Ogos 2016 *Terkini*

Untuk makluman warga SEMESRA, 

Berikut disertakan takwim Ogos yang terkini. 

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar Tingkatan 3, anak jagaan anda hanya akan dibenarkan outing bermalam pada 26-28 Ogos dan bukan pada 19-21 Ogos kerana mereka akan menghadapi Peperiksaan Percubaan PT3 pada 22 sehingga 24 Ogos.


Harap maklum.

01 August, 2016

Sambutan Hari Raya Aildilfitri 2016

Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini iaitu hari Isnin bersamaan 1 Ogos 2016. 

Semua warga SEMESRA yang lengkap berpakaian hari raya telah dihidangkan dengan pelbagai juadah hari raya seperti lemang, rendang dan sebagainya. 

Guru-guru dan pelajar-pelajar dengan kerjasama ibu bapa dan penjaga telah sama-sama membawa juadah sampingan bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya ini. 


Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar serta ibu bapa yang telah sama-sama menyumbang bagi menjayakan program ini. Semoga ia dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara warga SEMESRA.