14 August, 2016

8th MUSLEH International Students Debating Championship 2016

Pada 11 hingga 14 yang lalu, SEMESRA telah menghantar dua pasukan bahas iaitu pasukan bahasa Bahasa Melayu dan pasukan bahas Bahasa Inggeris untuk menyertai 8th MUSLEH International Students Debating Championship yang bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Kejohanan ini telah disertai oleh bukan sahaja sekolah-sekolah dalam negara tetapi ia juga telah disertai oleh sekolah-sekolah luar negara seperti Singapura dan Indonesia.


Dalam pertandingan ini, pasukan bahas Bahasa Melayu berjaya mencatatkan kemenangan sebanyak 3 kali dari 5 perlawanan sementara pasukan bahas Bahasa Inggeris mencatatkan kemenangan sebanyak 2 kali. Dengan keputusan ini kedua-dua pasukan tidak berjaya untuk ke pusingan seterusnya.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pembahas-pembahas sekolah yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan persembahan yang terbaik dalam pertandingan ini. Semoga pengalaman yang ditimba di MUSLEH ini akan dapat dijadikan panduan untuk mencatat keputusan yang lebih baik dalam pertandingan-pertandingan yang lain, insyaAllah.