27 May, 2016

Jasamu Dikenang, Cikgu Azman

Pada 24 Mei yang lalu telah diadakan satu Majlis Perpisahan bagi Penolong Kanan HEM SEMESRA, Tuan Haji Mohd Azman bin Awang. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Pentadbiran dan akan mula bertugas sebagai PKP di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah mulai 3 Jun ini.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Encik Azman atas segala khidmat dan sumbangan yang telah diberi sepanjang beliau berada di sekolah ini. Untuk pengetahuan semua, beliau merupakan orang kedua yang mula-mula mendaftar di SEMESRA pada tahun 2009 dan telah banyak menyumbang terutamanya pada waktu awal pembukaan sekolah ini.  Semoga Allah akan terus merahmati Encik Azman dan didoakan agar beliau akan terus cemerlang di tempat baru.

Hari Kecemerlangan Sekolah-sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) kali ke 43

HKSBP kali ke 43 telah diadakan di SMS Kubang Pasu, Kedah pada 22 - 27 Mei dan SEMESRA telah menghantar 2 pasukan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk mengambil bahagian. 
 

Bagi pasukan debat Bahasa Melayu, mereka sekali lagi berjaya melakar sejarah  apabila berjaya ke peringkat suku akhir setelah menjadi Johan Kumpulan dan memenangi Pusingan Kedua. Ini merupakan kejayaan yang paling baik pernah dicatatkan oleh sekolah bagi Kejohanan HKSBP ini. Kemaraan mereka kemudiannya terhenti apabila kalah kepada SMS Banting di peringkat suku akhir.

Bagi pasukan debat Bahasa Inggeris pula, mereka telah berjaya menjadi Naib Johan Kumpulan dan seterusnya berjaya ke Pusingan Kedua. Namun mereka tidak berjaya untuk ke peringkat seterusnya selepas tewas kepada SMS Johor.

Syabas diucapkan kepada kedua-kedua pasukan atas usaha yang telah diberikan untuk mengharumkan nama SEMESRA. Semoga kedua-dua pasukan akan terus berusaha memperbaiki persembahan masing-masing dan seterusnya menjadi pasukan yang digeruni dalam arena perbahasan.

26 May, 2016

Cuti Pertengahan Tahun

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga SEMESRA,

Para pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 akan mula bercuti esok untuk Cuti Pertengahan Tahun bagi tahun 2016. Ibu bapa dan penjaga dibenarkan untuk mengambil anak masing-masing selepas pukul 12.30 tengah hari.

Manakala bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5, mereka akan berada di sekolah bagi mengikuti Program Kem Akademik  dalam usaha sekolah melonjakkan pencapaian PT3 dan SPM pada tahun ini. Program ini akan bermula pada pukul 8 pagi hari Jumaat dan berakhir pada hari Selasa.

Sekian, harap maklum.

Kejohanan Tenpin Boling MSSD Rembau 2016

Pada 26 Mei talah berlangsungnya Kejohanan Tenpin Bolingn Peringkat Daerah Rembau di Ampang Bowl, Seremban. SEMESRA yang merupkan tuan rumah kejohanan telah menghantar seramai 28 pelajar untuk menyertai kejohanan ini. 


 Dalam kejohanan ini, pasukan sekolah telah berjaya mengungguli kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 18 serta Perempuan Bawah 15. Bagi kategori Perempuan Bawah 15, SEMESRA telah berjaya mendapat Naib Johan kejohanan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan diharapkan akan terus gemilang di kejohanan-kejohanan yang lain.

23 May, 2016

Kejohanan Catur Kebangsaan Anjuran KUSESS

Satu Kejohanan Catur Peringkat Kebangsaan telah dianjurkan oleh SM Sains Kuala Selangor pada 21 - 22 Mei yang lalu. SEMESRA telah menghantar seramai 12 pelajar untuk mengambil bahagian.

Dalam kejohanan ini, Muhammad  Haziq bin Zulkifli telah berjaya mendapat Anugerah Pemain Terbaik Bawah Rating 1200 dan satu kumpulan dari SEMESRA telah berjaya merangkul Anugerah Kumpulan Terbaik Bawah Rating 1200.

Tahniah diucapkan kepada pasukan catur sekolah dan semoga akan terus berjaya meraih kemenangan di masa akan datang.

11 May, 2016

Lawatan Penandaarasan ke SM Sains Puteh, Kelantan

Pda 29 April hingga 2 Mei yang lalu telah diadakan lawatan penandaarasan ke SM Sains Puteh, Kelantan. Lawatan yang disertai oleh staf akademik juga staf sokongan adalah bertujuan untuk menimba ilmu bagi menambahbaik sekolah.


Ahli rombongan mendapat peluang untuk bertukar-tukar fikiran dalam memacu kecemerlangan sekolah masing-masing.

Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah yang sudi menerima kehadiran SEMESRA dan semoga lawatan ini telah dan akan memberi manafaat kepada kedua-dua sekolah.

04 May, 2016

SEMESRA Johan Pertandingan Debat Bahasa Melayu KYS

SEMESRA melakar kejayaan gemilang apabila berjaya menjadi Johan Pertandingan Debat Bahasa Melayu anjuran Kolej Yayasan Saad (KYS) yang telah berlangsung di Kolej Yayasan Saad, Melaka pada 29 April hingga 2 Mei yang lalu.

Pasukan debat Bahasa Melayu telah menghantar 2 pasukan untuk bertanding dalam pertandingan ini. Pertandingan ini melibatkan 10 pasukan yang terdiri daripada sekolah-sekolah seluruh Malaysia.  

Pasukan SEMESRA A telah berjaya muncul johan dengan mengalahkan 9 pasukan yang lain manakala pasukan SEMESRA B telah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir pertandingan.


Untuk kategori Bahasa Inggeris pula, SEMESRA juga telah menghantar dua pasukan untuk bertanding. Daripada 34 pasukan yang bertanding, pasukan SEMESRA A berjaya mendapat tempat ke 18 manakala SEMESRA B pula mendapat tempat ke 22.


Tahniah diucapkan kepada pasukan-pasukan debat Bahasa Melayu. Tidak lupa juga kepada pasukan-pasukan debat Bahasa Inggeris. Diharapkan agar pertandingan ini akan menjadi motivasi kepada para pendebat yang akan mewakili sekolah ke Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) di SMS Kubang Pasu, Kedah untuk beraksi dengan lebih cemerlang untuk mengharumkan nama SEMESRA.

Jadual Warden Mei 2016

Untuk makluman dan tindakan semua.

Harap maklum, terima kasih.

Takwim Mei 2016

Untuk makluman semua.

Harap maklum.