Para pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 akan mula bercuti esok untuk Cuti Pertengahan Tahun bagi tahun 2016. Ibu bapa dan penjaga dibenarkan untuk mengambil anak masing-masing selepas pukul 12.30 tengah hari.
Manakala bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5, mereka akan berada di sekolah bagi mengikuti Program Kem Akademik dalam usaha sekolah melonjakkan pencapaian PT3 dan SPM pada tahun ini. Program ini akan bermula pada pukul 8 pagi hari Jumaat dan berakhir pada hari Selasa.
Sekian, harap maklum.