31 May, 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi tahun 2013 telah diadakan pada 22 Mei yang lalu. Pada tahun ini, sambutan telah dimulakan dengan acara padang dimana para guru dan pelajar telah sama-sama berkumpul di astaka sekolah pada pukul 8 pagi.


Selepas sesi memanaskan badan, para guru dan pelajar dikehendaki berada di tempat yang telah ditetapkan bagi acara permainan bola jaring, bola tampar serta sukaneka.


Acara padang selesai lebih kurang pada pukul 10 pagi dan selepas rehat, sambutan diteruskan dengan acara dewan.

Guru-guru kemudiannya berarak diiringi dengan paluan kompang ke Dewan Dato' Azam pada pukul 11.30 dengan berpakaian ala Arab bersempena dengan tema sambutan guru pada tahun ini iaitu Arabian.


Selepas bacaan perutusan, ikrar Guru serta nyanyian lagu Kami Guru Malaysia, tibalah masanya pula untuk para pelajar mempersembahkan persembahan mereka.


Kemudian, tibalah masa yang dinanti-nanti oleh para pelajar iaitu persembahan para guru.


Sambutan hari guru peringkat sekolah pada tahun ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran bekas pelajar SEMESRA dari batch Valedictorian yang telah sama-sama hadir untuk memberi penghargaan mereka kepada para guru di SEMESRA.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan sambutan hari guru pada tahun ini. Semoga guru-guru SEMESRA akan terus bersemangat untuk terus mendidik para pelajar SEMESRA bagi melahirkan warga Malaysia yang berilmu dan berakhlak mulia.

26 May, 2013

Pertandingan Pesta Muzik Daerah Rembau 2013

Pada 22 Mei yang lalu telah diadakan Pertandingan Pesta Muzik Peringkat Daerah Rembau 2013 bagi sekolah-sekolah menengah dan rendah. SEMESRA telah diberikan kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan kali ini. Antara pertandingan yang telah dijalankan adalah Koir, Kompang Formasi, Tarian, Nyanyian Solo Lelaki dan Perempuan serta Rekorder Ensembel.


SEMESRA telah mengambil bahagian dalam acara Nyanyian Solo, Kompdang dan Formasi serta Tarian. Bagi pertandingan Nyanyian Solo Lelaki, pelajar SEMESRA telah berjaya meraih Johan manakali bagi kategori Perempuan pula, pelajar SEMESRA berjaya menjadi Naib Johan.

SEMESRA telah berjaya menjadi Johan dalam acara Kompang dan Formasi dan juga Tarian. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Rembau Datin Hjh Naemah binti Ahmad Dahalan.


Tahniah diucapkan kepda semua pemenang. Diharapkan para pemenang yang akan mewakili daerah Rembau ke peringkat Negeri akan terus dapat memberikan persembahan yang lebih baik untuk memberi saingan kepada daerah-daerah lain.

20 May, 2013

Lawatan Penanda Aras Pengawas Sekolah Menengah Sains Seri Puteri ke SEMESRA

Pada 19 Mei yang lalu, Lembaga Pemimpin Pelajar (LPP) dari Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Cyberjaya telah mengadakan lawatan penanda aras ke SEMESRA.


Antara objektif program ini adalah untuk bertukar-tukar maklumat mengenai pengurusan badan pengawas antara SEMESRA dan SESERI. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan pengurusan disiplin antara kedua-dua buah sekolah.

 sesi bertukar-tukar maklumat

 gambar badan pengawas SEMESRA & SESERI

Semoga lawatan ini telah dapat memberi ilmu kepada kedua-dua organisasi untuk membuat penambahbaikan di sekolah masing-masing.

19 May, 2013

Choral Speaking and Public Speaking Competitions State Level

On 18 May 2013, State Level for Choral Speaking and Public Speaking Competitions were held SMK Gemas. Our choral and public speakers who had won at the district level represented Rembau district in the competitions.


In the competition, our choral speakers managed to grab the third spot with their entertaining performance. However, our representative for public speaking competition was unable to earn any placing in the competition.

Congratulations to both public speaker and choral speakers. Hopefully the teams will be able to improve their placings in the next competition.

15 May, 2013

09 May, 2013

Kejohanan Bowling Tenpin Peringkat MSS Negeri Sembilan 2013

Pada 7 - 10 Mei yang lalu telah diadakan Kejohanan Tenpin Bowling Peringkat MSS Negeri Sembilan di Ampang Superbowl, Seremban Parade. Seramai 12 pelajar SEMESRA telah terpilih untuk mewakili daerah Rembau dalam kejohanan ini.



Dalam kejohanan ini, daerah Rembau yang diwakili oleh 3 pelajar SEMESRA telah berjaya merangkul tempat ketiga bagi kategori Pasukan Lelaki Bawah 15 sementara 3 pelajar SEMESRA yang mewakili daerah Rembau dalam kategori Pasukan Lelaki Bawah 18 telah berjaya merangkul tempat keempat.

Bagi acara bergu Bawah 15 pula, pasangan adik beradik Aiman Qayyum (SEMESRA) dan Akmal Qayyim (URES) telah berjaya mendapat tempat ketiga.


Tempat ke-4 Kategori Pasukan Lelaki Bawah 18


Tempat ke-3 Kategori Pasukan Lelaki Bawah 15

Tempat Ke-3 Kategori Bergu Bawah 15

Dua pelajar SEMESRA iaitu Muhammad Farizuddin dan Aiman Qayyum telah berjaya ke pusingan Masters. Muhammad Farizuddin telah berjaya mendapat tempat ke-6 manakala Aiman Qayyum telah berjaya menjadi Naib Johan bagi Pusingan Masters.

Dengan kejayaan ini, Aiman Qayyum telah berjaya untuk terpilih mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 3- 7 Jun 2013.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain bowling. Semoga pasukan ini akan terus gemilang dalam kejohanan-kejohanan akan datang.