28 April, 2011

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa 2011

Pada 27 April yang lalu, Pusat Sumber Sekolah SEMESRA telah mengadakan satu lawatan ke Pesta Buku Antarangsa di Pusat DaganganDunia Putra (PWTC).

Seramai 38 pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 telah turut serta dalam lawatan ini. Mereka telah diiringi oleh Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah serta Guru Penolong Penyelaras Pusat Sumber.



meneliti peta pameran buku


ahli rombongan bersama belian masing-masing

Diharapkan lawatan ke pesta buku ini akan dapat dijadikan satu lawatan tahunan bagi pelajar SEMESRA untuk menggalakkan para pelajar mempunyai budaya membaca.

25 April, 2011

English Drama Competition Rembau District

Congratulations to the school's drama team for emerging as the district champion in the Secondary Schools English Drama Competition for Rembau District 2011.

The competition was held last Monday, on April 25th and SEMESRA was honoured to be the host for the competition. Eight schools had participated in the competition which started at 9 a.m.


some scenes from the participating schools



scenes from SEMESRA

While waiting for the judges to deliberate on the results, the audience was entertained by the school choral speaking team and choir.


choral speaking team


choir

The prizes for the winners were given away by the Rembau District Education Officer, Datin Hjh. Naemah bt Ahmad Dahalan.

Results for the drama competition are as follows:

Champion: SEMESRA
First Runner up: SMK Agama Pedas
Second Runner up: SMK Agama Mohd Yatim
Consolation: SMK Undang Rembau
Best Actor: Character 'Satan' from SMK Agama Pedas


prize giving ceremony

Well done once again to the drama team. Best of luck for the state level competition which will be held at SM Agama Pedas soon.

Kejohanan Badminton MSSD Daerah Rembau

Pada 21 dan 22 April yang lalu, SEMESRA telah menjadi penganjur sulong Kejohanan Badminton MSS Daerah Rembau. Sebanyak 8 sekolah telah mengambil bahagian.



antara sekolah yang mengambil bahagian




aksi pemain SEMESRA

Berikut adalah senarai pingat yang telah dimenangi oleh pemain SEMESRA:

Gangsa - Bergu P15
Aida Shamira
Alya Nadhirah

Nur Syakirah
Siti Aisyah

Perak - Bergu L18
Muhammad Fairuz Zakaria
Muhamad Rafiq Rezza

Perak - Bergu L15
Muhamad Irsyad Sharif
Muhamad Izwan Zainal

Perak - Perseorangan L15
Muhamad Irsyad Sharif

Perak - Perseorangan P18
Akmal Liyana Muhd Musa

Emas - Perseorangan P18
Siti Hajar Baharom
Akmal Liyana Muhd Musa

Dengan kemenangan ini, seramai 10 orang pemain badminton sekolah telah dipilih untuk mewakili Daerah Rembau ke peringkat negeri.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain. Teruskan latihan agar kejayaan yang lebih baik dapat dikecapi.

24 April, 2011

Makluman Terkini

Makluman terkini untuk ibubapa dan penjaga,


*click to enlarge



*click to enlarge



*click to enlarge

23 April, 2011

Pertandingan Bola Keranjang Antara Rumah

Satu pertandingan bola keranjang antara rumah telah dianjurkan oleh Pasukan Bola Keranjang SEMESRA sepanjang 5-16 April yang lalu. Pertandingan ini telah diadakan semasa waktu riadah mengikut kelapangan jadual pelajar.

Perlawanan ini bertujuan untuk mencari pemain pelapis bagi pasukan bola keranjang sekolah. Selain daripada itu, pertandingan ini bertujuan untuk melatih para pemain sekolah yang sedia ada dalam menguruskan satu-satu pertandingan.

Setiap rumah dikehendaki menghantar 2 pasukan lelaki dan 2 pasukan perempuan. Setiap pasukan diwajibkan untuk mempunyai wakil setiap tingkatan.

aksi pasukan perempuan

aksi pasukan lelaki

Berikut adalah keputusan pertandingan:

Kategori Perempuan

Johan: LM1
N. Johan: AZ 2


Kategori Lelaki



Johan: AZ 2
N. Johan: AZ 1

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan tidak lupa juga kepada Pasukan Bola Keranjang SEMESRA yang telah berjaya menganjurkan pertandingan ini.

22 April, 2011

Pertandingan Catur MSS Daerah Rembau

Pada 19 dan 20 April yang lalu bertempat di SMK Undang Rembau telah diadakan satu pertandingan catur peringkat daerah. Seramai 16 pelajar SEMESRA telah dihantar ke pertandingan ini dan SEMESRA telah mengambil bahagian dalam semua kategori yang dipertandingkan.







Keputusan akhir pertandingan adalah seperti berikut:

P18
Ketiga - Haziqah Afifah bt Abdul Rahim 5A
Ke-7 - Siti Aisyah bt. Rohade 4C

L18
Naib Johan - Muhd Abrar b. Nor Kamar 4C
Ke-6 - Muhammad Zulhaziq b. Husin 4E

P15
Ketiga - Anisah Najwa bt Kamaluddin 3A
Ke-6 - Nor Aini bt. Tukijan 1B

L15
Johan - Muhammad Fikri b. Farizal 1D
Ke-5 - Muhammad Hazwan Haziq b. Zainidar 1E
Ke-7 - Ahmad Syahir Hazmi b. Husni 1E


pasukan catur SEMESRA

Keputusan ini telah melayakkan 4 pelajar SEMESRA untuk mewakili daerah Rembau ke peringkat MSSNS iaitu:

1. Muhd Abrar b. Nor Kamar - L18
2. Haziqah Afifah bt. Abd Rahim - P18
3. Muhammad Fikri b. Farizal - L15
4. Anisah Najwa bt. Kamaluddin - P18

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan catur sekolah. Bagi pemain-pemain yang akan mewakili daerah, diucapkan selamat berjaya dan semoga meraih kejayaan yang lebih gemilang.

20 April, 2011

Pertandingan Catur Antara Rumah

Pada 18 April yang lalu telah diadakan satu pertandingan catur di antara rumah bagi memilih pemain-pemain catur sekolah.

Setiap rumah dikehendaki untuk menghantar 2 wakil bagi setiap kategori iaitu kategori P15, P18, L15 dan L18. Pertandingan telah berlangsung pada pukul 3.30 - 5,30 ptg bertempat di Bilik Geografi.



antara yang mengambil bahagian

Berikut adalah keputusan pertandingan:

P18
Johan: Siti Aisyah bt Rohade (KP)
N. Johan: Nurafiqah Irza bt Abdul Amir (AZ)

L18
Johan: Muhd Abrar b. Nor Kamar (KP)
N. Johan: Muhammad Zulhaziq b. Husin (AZ)

P15
Johan: Syafiqah bt. Md. Razi (KP)
N. Johan: Anisah Najwa bt. Kamaluddin (LM)

L15
Johan: Muhd Fikri b. Farizal (LM)
N. Johan: Mud Ridzwan b. Karizudin (KP)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

19 April, 2011

Ujian Menembak Kor Kadet Polis Daerah Rembau 2011

Pada Ahad yang lepas, SEMESRA telah menghantar 25 kadet polis sekolah untuk satu Ujian Menembak Kor Kadet Polis Daerah Rembau. Ujian ini telah diadakan di Lapang Sasar Mantin, N. Sembilan dari pukul 7.20 pagi hingga 3 petang.

Semua pelajar telah diberi peluang untuk menggunakan senjata M16 dan diberikan 20 butir peluru untuk ujian ini. Dua pelajar SEMESRA telah berjaya melayakkan diri ke peringkat 10 Penembak terbaik.

Dua orang pelajar yang dimaksudkan ialah:
1. Mohd Shahmi bin Shaharudin 5B
2. Mohd Ikram bin Hanafi 5F

Keputusan akhir telah menobatkan Mohd Shahmi sebagai penembak terbaik dalam ujian tersebut manakala Mohd Ikram berjaya mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan.



Mohd Shahmi menerima hadiah


Mohd Ikram, tempat ke 3 terbaik

17 April, 2011

Majlis Persaraan Pengetua Cemerlang SEMESRA

Pada 16 April yang lalu, seluruh warga SEMESRA diselubungi rasa hiba apabila ayahanda tercinta iaitu Pengetua Cemerlang Dato Hj Azam b. Md Atan mengakhiri tempoh perkhidmatan beliau sebagai seorang penjawat awam kerajaan.

Dua majlis khas telah diadakan untuk meraikan persaraan Pengetua Cemerlang ini. Majlis yang pertama telah dibuat pada waktu pagi dimana seluruh warga SEMESRA telah hadir untuk sama-sama meraikan persaraan Dato'.

Selain daripada warga SEMESRA, Timbalan Pengarah Unit SBPSK Hjh Norlia bt. Mohd Shuhaili, Pegawai Pendidikan Daerah Rembau Datin Hjh Naemah bt Ahmad Dahalan dan juga Yang Dipertua PIBG Hj Dahalan b. Abdullah telah turut sama hadir ke majlis ini.

Majlis diserikan dengan persembahan nasyid, multimedia, choral speaking serta bacaan biodata tetamu yang diraikan.


persembahan koir

Para pelajar SEMESRA juga telah mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan sedikit tanda kenangan untuk Dato' sempena persaraan beliau.

penyampaian hadiah

Dato' di dalam ucapan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan kepada beliau sepanjang perkhidmatan beliau di SEMESRA. Beliau mengharapkan agar SEMESRA akan terus maju di masa hadapan.

Beliau juga telah merasmikan penggunaan nama baru bagi dewan SEMESRA kepada Dewan Dato' Hj Azam.



Seterusnya Dato' telah dibawa menaiki sebuah kereta antik diiringi oleh motor-motor berkuasa besar mengelilingi kawasan sekolah buat kali terakhir sebagai gimik 'sending off' majlis ini.



Untuk majlis kedua, ia telah dimulakan dengan bacaaan tahlil dan yassin berserta solat hajat di surau SEMESRA. Kemudian, para tetamu yang terdiri daripada pengetua-pengetua SBP, pegawai-pegawai pendidikan peringkat daerah dan negeri, bekas guru-guru Dato' Hj Azam telah dijemput ke dewan untuk majlis makan malam.

Tetamu-tetamu kehormat yang lain adalah terdiri daripada YB Samsulkahar b. Mohd Deli dan YB Zhaifulbahar b. Idris serta Pengarah SBPSK Pn Ashah b. Samad.


pertunjukan bunga api

Di dalam majlis ini juga, penyampaian cenderamata telah disampaikan oleh Dato' kepada sekolah-sekolah dimana beliau pernah berkhidmat.




Kemudiannya, para tetamu pula telah dihidangkan dengan persembahan caklempong, tarian zapin, persembahan multimedia serta bacaan biodata Dato' Azam b. Md Atan semasa jamuan makan malam berlangsung.


persembahan caklempong


persembahan tarian zapin

Majlis gilang gemilang ini tamat lebih kurang pukul 12 malam. Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama meraikan Pengetua Cemerlang SEMESRA.

Selamat bersara diucapkan kepada Dato' Hj Azam b. Md Atan. Sesungguhnya segala jasa baik Dato' dalam usaha menaikkan nama sekolah ini hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Kami warga SEMESRA berjanji akan berusaha sebaik mungkin untuk meneruskan budaya cemerlang yang telah diturunkan oleh Dato'.

15 April, 2011

Jamuan Ikan Bakar di Umbai

Terima kasih diucapkan kepada Pengetua Cemerlang SEMESRA, Dato' Hj Azam b. Md Atan yang telah sudi menganjurkan satu jamuan ikan bakar di Umbai, Melaka untuk semua staf sekolah malam Selasa yang lalu.

Staf SEMESRA telah berkumpul di sekolah sebelum bertolak ke Umbai menaiki bas SEMESRA. Rombongan ini telah tiba di destinasi pada pukul 6.30 ptg.

wajah-wajah yang hadir pada malam itu

Jamuan ini bermula lebih kurang 7 malam dan bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Rozelli bin Yahya.


Dato' mengaminkan doa

Alhamdulillah, selepas menjamu selera dengan hidangan yang telah dihidangkan para staf telah mengambil kesempatan ini untuk bergambar kenangan bersama Dato'.




Kelab Guru dan Staf SEMESRA juga telah mengambil peluang ini untuk menganjurkan satu perlawanan tenpin boling dikalangan staf di MITC, Melaka selepas jamuan makan tersebut.

antara yang mengambil bahagian

Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Dato' atas jamuan ini. Semoga Allah melimpah-ruahkan rezeki Dato' sekeluarga.