28 October, 2014

Makluman Outing Bermalam Pilihan

Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4,

Untuk makluman tuan puan, minggu ini merupakan Outing Bermalam Pilihan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4. Para pelajar mempunyai pilihan samada untuk pulang ke rumah atau tinggal di asrama pada minggu ini.

Bagi para pelajar yang membuat pilihan untuk pulang ke rumah, ibu bapa dan penjaga adalah dibenarkan untuk mengambil anak mereka selepas pukul 12.30 tengahri. Para pelajar perlu pulang semua ke asrama pada hari Ahad sebelum pukul 6 petang.

Sekian, harap maklum.

22 October, 2014

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Pelajar-pelajar Tingkatan 5

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 telah diadakan pada 21 Oktober yang lalu di Surau SEMESRA. Majlis bermula pada pukul 11 pagi dan dihadiri oleh ibu bapa serta penjaga para pelajar Tingkatan 5.

Puan Pengetua dalam ucapannya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan ibu bapa dan penjaga yang hadir. Beliau berharap agar seluruh warga sekolah dapat mendoakan dan memberi sokongan kepada para pelajar Tingkatan 5 dalam memastikan mereka dapat memberikan yang terbaik dalam peperiksaan mereka.



 
 
 


Seluruh warga SEMESRA mendoakan agar para pelajar Tingkatan 5 dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan SPM mereka yang akan bermula 3 November nanti, insyaAllah.

04 October, 2014

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Satu Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 telah diadakan pada 3 Oktober yang lalu di surau SEMESRA. Majlis ini telah dipimpin oleh Ustaz Nazdzarul Amir.


Ibu bapa, guru-guru beserta pelajar-pelajar Tingkatan 3 telah bersama-sama dalam mengaminkan kejayaan para pelajar Tingkatan 3 dalam pentaksiran yang bakal mereka hadapi bermula 13 Oktober nanti.

Semoga dengan berkat usaha dan doa, para pelajar Tingkatan 3 SEMESRA akan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PT3 mereka, insyaAllah.