31 January, 2015

Majlis Perlantikan BADAR SEMESRA 2015

Satu majlis ringkas telah diadakan bagi melantik Jawatankuasa Tertinggi Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SEMESRA. Majlis ini telah diadakan pada 28 Januari bertempat di Surau SEMESRA.


Tahniah diucapkan kepada Pengerusi BADAR, Muhammad Haffizzan bin Ibrahim serta AJK yang lain atas perlantikan ini. Semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan sempurna demi kebaikan bersama.

30 January, 2015

Watikah Perlantikan Lembaga Pemimpin Pelajar

Pada 26 Januari yang lalu, Majlis Perlantikan Lembaga Pemimpin telah diadakan di Dewan Dato' Haji Azam. Majlis telah disempurnakan oleh tetamu kehormat DSP Ibrahim bin Sharif, Ketua Polis Daerah Rembau.

Selepas ucapan dari tetamu kehormat serta pengetua SEMESRA, tibalah masanya untuk penyampaian watikah. Penyampaian telah dimulakan dengan Ketua Pelajar SEMESRA,  Sdr. Muhammad Izmeer bin Mohd Jafery.


Selepas bacaan ikrar oleh semua pemimpin pelajar, skrol ikrar tersebut diserahkan kepada Puan Pengetua.


Tahniah kepada semua pemimpin pelajar yang telah dilantik. Semoga dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan cemerlang.

29 January, 2015

Makluman Prosedur Mengambil Keputusan SPM

 Kepada semua pelajar lepasan SPM 2014,

Adalah dimaklumkan keputusan SPM dijangka akan dikeluarkan mengikut tarikh seperti yang telah dihebahkan melalui media eletronik dan media cetak iaitu pada hari Selasa, 3 Mac 2015. 

Majlis penyerahan slip keputusan SPM dijangka akan dimulakan mulai jam 11 pagi bertempat di Dewan Dato' Haji Azam, SEMESRA.

Sehubungan dengan itu, anda adalah dimohon untuk hadir dengan penampilan kemas dan mematuhi peraturan berikut:

a) Lelaki - Kemeja, seluar 'slack' dan berkasut
               - Rambut pendek dan tidak berwarna

b) Perempuan - Baju Kurung/Baju Kebangsaan dan berkasut

** Jeans dan selipar tidak dibenarkan

Segala perhatian dan kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.

26 January, 2015

Takwim Bulan Mac 2015

Untuk makluman semua,

Berikut dilampirkan takwim bulan Mac bagi makluman dan tindakan tuan/puan.

Takwim Bulan Februari 2015

Untuk makluman semua, 

Berikut adalah takwim bulan Februari 2015 untuk perhatian dan tindakan tuan/puan.

23 January, 2015

Mesyuarat Rumah Pertama 2015

Mesyuarat Rumah Pertama bagi tahun 2015 telah diadakan pada 21 Januari yang lalu. Para pelajar telah diperkenalkan dengan barisan guru rumah serta majlis kepimpinan rumah. Selain itu mesyuarat tersebut juga diadakan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti rumah yang akan dijalankan sepanjang tahun.

Para pelajar juga dingatkan mengenai komitmen yang diperlukan dari setiap ahli rumah agar rumah akan dapat mencapai kejayaan gemilang pada tahun 2015 ini.


Diharapkan agar semua pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu  kejayaan rumah masing-masing dalam semua aktiviti yang akabn berlangsung pada tahun ini.

22 January, 2015

Makluman HEM 3/2015

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga SEMESRA,

1. Tiada lawatan untuk Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 pada hari Sabtu (24 Januari) kecuali pelajar-pelajar yang berasal dari Johor kerana ada aktiviti asrama.

2. Lawatan untuk Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 adalah pada hari Ahad ini (25 Januari) dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

3. Outing harian bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 adalah pada hari Sabtu ini sahaja. Outing harian adalah sehingga pukul 5 petang sahaja.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

20 January, 2015

Makluman HEM 2/2015

Perhatian kepada semua ibu bapa dan penjaga,

Untuk makluman, ibu bapa dan penjaga adalah tidak dibenarkan untuk meninggalkan makanan untuk anak-anak tuan/puan di pondok keselamatan sepanjang hari Isnin sehingga Jumaat.  Pihak sekolah berharap agar tuan/puan dapat memberikan kerjasama bagi memastikan peraturan ini dipatuhi.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

19 January, 2015

Gotong Royong Perdana 2015

Pada 16 dan 17 Januari yang lalu telah diadakan gotong royong perdana bagi kelas dan asrama. Pada hari Sabtu, pelajar-pelajar dengan bantuan guru-guru kelas telah sama-sama menceriakan kelas masing-masing. Selain kelas, bilik-bilik khas juga telah diceriakan dengan bantuan pelajar-pelajar.


Asrama pula dibersihkan dan diceriakan pada hari Ahad. Semua ahli kamar telah bekerjasama untuk sama-sama membersih dan menceriakan kamar masing-masing.


Diharapkan kebersihan dan keceriaan kelas dan  asrama dapat dikekalkan sepanjang tahun kerana persekitaran yang bersih dan ceria akan dapat membantu perkembangan emosi dan akademik yang sihat dalam kalangan pelajar SEMESRA.

16 January, 2015

Makluman HEM 1/2015

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga SEMESRA,
1. Tiada lawatan pada hari Sabtu (17 Januari 2015) kerana ada aktiviti gotong royong kelas. 

2. Pada hari Ahad, ibu bapa dan penjaga dijemput untuk bersama-sama dalam aktiviti gotong royong asrama. Tiada lawatan dan outing harian pada minggu ini. 

3. Bagi ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 1, tiada lawatan pada minggu ini kerana para pelajar masih berada dalam Minggu Silaturrahim. 

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 2015

Pada 15 Januari bersamaan hari Khamis telah berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan bagi pelajar-pelajar SEMESRA. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Datin Naemah binti Ahmad Dahalan.

Majlis bermula pada pukul 2.30 petang dan dalam ucapan beliau, Datin Naemah berharap agar semua pelajar akan dapat menggunakan bantuan yang diberikan dengan sebaik-baiknya.


Seterusnya, beliau telah menyampaikan RM100 kepada setiap pelajar SEMESRA.


Terima kasih diucapkan kepada Datin Naemah atas kesudian untuk menyampaikan bantuan tersebut kepada semua pelajar. Diharapkan bantuan tersebut akan digunakan dengan sebaik-baiknya bagi memenuhi keperluan persekolahan para pelajar.

Makluman Gotong Royong Perdana Asrama

Untuk perhatian dan kerjasama semua ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SEMESRA,


Pada hari Ahad ini akan diadakan satu gotong royong perdana asrama bagi membersihkan dan menceriakan kamar-kamar aspura dan aspura. Gotong royong perdana ini akan bermula pada pukul 830 pagi - 12 tengahari.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga adalah dijemput hadir bagi sama-sama memastikan tempat kediaman anak-anak tuan/puan adalah dalam keadaan yang bersih dan selesa.

Ibu bapa dan penjaga adalah dialu-alukan untuk memberi sumbangan atau membeli barangan untuk kamar anak masing-masing. Antara sumbangan dan barangan yang boleh diberi adalah tikar getah, permaidani kecil, alas kaki, barang-barang hiasan kamar, tong sampah, jam dinding, alat-alatan pembersihan dan lain-lain. 

Pihak sekolah berharap agar ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SEMESRA akan dapat memberikan kerjasama bagi memastikan kebajikan anak-anak terjaga. Semoga kehadiran tuan/puan akan dapat menyuntik semangat sekolah untuk terus berjaya dan gemilang pada tahun 2015 ini, insyaAllah. 

14 January, 2015

Pendaftaran Pelajar-pelajar Tingkatan Satu 2015

Seramai 137 pelajar Tingkatan 1 telah mendaftar sebagai warga baru SEMESRA pada 13 Januari (Selasa) yang lalu. Kedatangan pelajar-pelajar baru ini telah disambut mesra oleh pihak sekolah dengan bantuan para pemimpin pelajar.






Selamat datang diucapkan kepada paelajar-pelajar Tingkatan 1. Diharapkan agar para pelajar telah bersedia untuk menempuh alam persekolahan di sekolah berasrama penuh demi kejayaan di masa hadapan.

12 January, 2015

Makluman Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M)

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga SEMESRA,

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKPP1M) untuk pelajar-pelajar SEMESRA akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh & Hari              : 15 Januari 2015
Tempat                         : Dewan Haji Dato' Azam
Masa                            : 2.30 petang
Kadar bantuan             : RM 100/setiap murid
Penyampai                   : YBhg Datin Hajan Naemah binti Ahmad Dahalan
                                       Pegawai Pendidikan Daerah Rembau

Sekian untuk makluman.

Pendaftaran Pelajar-pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 bagi tahun 2015

Para pelajar SEMESRA telah mendaftar masuk semula ke sekolah pada 11 Januari bersamaan dengan hari Ahad yang lalu. Pendaftaran masuk bermula pada pukul 2 hingga 5 petang.

Sebelum mendaftar, para pelajar menyemak nama kelas dan kamar masing-masing sebelum bergerak ke kaunter-kaunter yang disediakan.




Selepas urusan pendaftaran dan pembayaran yuran, para pelajar bergerak ke asrama bagi urusan asrama pula.

 

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua pelajar. Diharapkan para pelajar sudah bersedia untuk mengharungi sesi persekolahan 2015. Semoga SEMESRA akan terus gemilang pada tahun 2015 ini.

06 January, 2015

Makluman Lawatan dan Gotong Royong Perdana Asrama

Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga serta pelajar-pelajar SEMESRA,

1. Tiada lawatan semasa cuti umum Hari Keputeraan YDP Besar Negeri Sembilan pada 14 Januari bersamaan hari Rabu.

2. Gotong Royong Perdana Asrama adalah bertarikh 18 Januari. Ibu bapa dan penjaga serta guru-guru akan bersama pelajar-pelajar dalam gotong royong ini. Surat mengandungi butiran lanjut mengenai perkara ini akan menyusul.

Harap maklum.