31 August, 2013

Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013

Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotism di kalangan warga SEMESRA, majlis perasmian bagi Bulan Kemerdekaan pada tahun ini telah diadakan pada 30 Ogos yang lalu. Majlis bermula pada pukul 11 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa.


Majlis kemudian diserikan lagi dengan bacaan sajak oleh Othman Nur Hakim dari Tingkatan 2 Einstein.


Para hadirin kemudiannya telah bersama-sama mengibarkan bendera Malaysia sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik.


Majlis selesai pada pukul 11.30 pagi. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 diucapkan kepada semua.

26 August, 2013

Lawatan Penanda Aras Sekolah Menengah Sains Sembrong

Pada 24 Ogos yang lalu, SEMESRA telah didatangi oleh satu rombongan dari SM Sains Sembrong Johor bagi satu lawatan penanda aras. Tetamu-tetamu ini telah tiba di SEMESRA pada pukul 10 pagi dan seterusnya dibawa ke bilik mesyuarat bagi satu taklimat ringkas.



Selepas ucapan dan penyampaian cenderamata dari kedua-dua pihak, guru-guru SMS Sembrong telah dibawa melawat sekitar kawasan sekolah.


Selain melihat kawasan sekolah, guru-guru dari kedua-dua sekolah telah berpeluang untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat demi kebaikan dan kemajuan sekolah masing-masing.


Terima kasih diucapkan kepada rombongan dari SM Sains Sembrong atas kunjungan ini. Semoga kedua-dua sekolah telah berjaya mendapat manfaat dari pertemuan ini.

21 August, 2013

Majlis Penyerahan Tugas Lembaga Kepimpinan Pelajar

Pada 20 Ogos yang lalu telah diadakan satu majlis penyerahan tugas Lembaga Pemimpin Pelajar Sesi 2012/2013 serta pengumuman calon pengawas percubaan baru bagi sesi 2013/2014. Majlis ini telah berlangsung pada pukul 7.15 pagi di Dewan Besar SEMESRA.

Ketua Pelajar SEMESRA bagi sesi 2012/2013 Asnawi bin Tan mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas kepercayaan yang telah diberikan kepada barisan pemimpin pelajar dalam menjalankan tugas baik di sekolah mahupun di asrama. Beliau juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada jika ada kesalahan yang telah dilakukan sepanjang mereka menjalankan tugas.



Seterusnya giliran Pengetua Kanan SEMESRA untuk memberi ucapan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pemimpin sesi 2012/2013 yang telah  berjaya melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.


Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Tuan Haji Azman bin Awang kemudian membacakan senarai nama pelajar yang telah dilantik untuk menjadi pengawas percubaan.


Calon-calon pengawas percubaan yang telah disebutkan nama kemudiannya berbaris di atas pentas untuk diperkenalkan kepada para guru dan pelajar.


Majlis diteruskan dengan penyerahan tugas Lembaga Pemimpin Pelajar Sesi 2012/2013 kepada wakil Lembaga Pemimpin Pelajar Sesi 2013/2014.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan pemimpin pelajar yang telah berjaya melaksanakan tugas sepanjang tempoh perlantikan mereka. Majlis bersurai pada pukul 8.45 pagi.

19 August, 2013

Jemputan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin PMR 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis di atas akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 13 September 2013
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Surau SEMESRA

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati menjemput tuan/puan ke majlis tersebut. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama tuan/puan.

Sumbangan Program Kecemerlangan PMR dan SPM

Untuk makluman tuan/puan, pihak sekolah telah dan akan melaksanakan Program Kecemerlangan PMR dan SPM secara intensif mulai Jun 2013. Program yang telah dan akan dijalankan adalah seperti berikut:

a. Kelas Anjal
b. Kelas Tambahan (Kelas Pemulihan dan Kelas Pengayaan)
c. Bengkel dan Teknik Menjawab Soalan
d. Kem Kecemerlangan

Oleh itu, pihak sekolah amat berharap tuan/puan boleh membuat bayaran seperti yang telah diluluskan dalam Mesyurat Agong Tahunan PIBG yang lalu. 

Bayaran bagi Program Kecemerlangan PMR ialah RM 100 sementara bayaran bagi Program Kecemerlangan SPM ialah RM 200.

Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai kepada guru tingkatan/pejabat manakala cek boleh dibuat atas nama PIBG SEK MEN SAINS REMBAU.

Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Jemputan ke Majlis Jalinan SEMESRA Tingkatan Lima

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Sains Rembau akan mengadakan Majlis Jalinan SEMESRA Tingkatan 5 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 13 September 2013 (Jumaat)
Masa: 8.30 pg - 12.30 tengahari
Tempat: Dewan Dato' Haji Azam, SEMESRA

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput tuan/puan untuk hadir ke majlis tersebut bagi membincangkan prestasi nak tuan/puan bersama guru mata pelajaran mereka.

kehadiran tuan/puan dalam majlis tersebut adalah DIWAJIBKAN demi meningkatkan prestasi pencapaian akademik anak tuan/puan khususnya dan sekolah amnya.

Harap maklum.

02 August, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti

Salam Aidilfitri diucapkan kepada seluruh warga SEMESRA dan selamat bercuti.


Kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar Tingkatan 5, diharapkan agar dapat menggunakan masa dengan sebaik-baiknya sepanjang cuti ini.

Program Khatam Al-Quran & Penutupan Ihya' Ramadhan

Hari ini telah diadakan Program Khatam Al-Quran dan Penutupan Ihya' Ramadhan bertempat di Dewan Dato' Hj Azam, SEMESRA.

Program ini telah dimulakan dengan slot 'Syawal dirai, Ramadhan ditangisi' dengan menjemput penceramah undangan Ust Nor Azman bin Mohamed.


Selepas itu, program diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang telah diketuai oleh Ust Muhammad Shahizam bin Harun.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian penutup oleh Pengetua Kanan SEMESRA, Pn Hajah Norzila binti Idris. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa kerja dan pelajar-pelajar SEMESRA yang telah sama-sama menjayakan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan ini.



Kemudiannya, hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Ustazah Norhayati binti Yusoff kepada pemenang-pemenang bagi semua pertandingan yang telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan ini.

 antara pemenang-pemenang pertandingan

Selesai penyampaian hadiah, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian  saham akhirat kepada pelajar-pelajar SEMESRA yang memerlukan bantuan. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YDP PIBG SEMESRA, Tuan Hj Dahalan bin Abdullah.
 
  antara penerima-penerima saham akhirat

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan program yang telah dijalankan sepanjang bulan yang mulia ini. Semoga amalan dan sedekah kita diterima oleh Allah s.w.t