21 August, 2013

Majlis Penyerahan Tugas Lembaga Kepimpinan Pelajar

Pada 20 Ogos yang lalu telah diadakan satu majlis penyerahan tugas Lembaga Pemimpin Pelajar Sesi 2012/2013 serta pengumuman calon pengawas percubaan baru bagi sesi 2013/2014. Majlis ini telah berlangsung pada pukul 7.15 pagi di Dewan Besar SEMESRA.

Ketua Pelajar SEMESRA bagi sesi 2012/2013 Asnawi bin Tan mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas kepercayaan yang telah diberikan kepada barisan pemimpin pelajar dalam menjalankan tugas baik di sekolah mahupun di asrama. Beliau juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada jika ada kesalahan yang telah dilakukan sepanjang mereka menjalankan tugas.



Seterusnya giliran Pengetua Kanan SEMESRA untuk memberi ucapan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pemimpin sesi 2012/2013 yang telah  berjaya melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.


Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Tuan Haji Azman bin Awang kemudian membacakan senarai nama pelajar yang telah dilantik untuk menjadi pengawas percubaan.


Calon-calon pengawas percubaan yang telah disebutkan nama kemudiannya berbaris di atas pentas untuk diperkenalkan kepada para guru dan pelajar.


Majlis diteruskan dengan penyerahan tugas Lembaga Pemimpin Pelajar Sesi 2012/2013 kepada wakil Lembaga Pemimpin Pelajar Sesi 2013/2014.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan pemimpin pelajar yang telah berjaya melaksanakan tugas sepanjang tempoh perlantikan mereka. Majlis bersurai pada pukul 8.45 pagi.