02 August, 2013

Program Khatam Al-Quran & Penutupan Ihya' Ramadhan

Hari ini telah diadakan Program Khatam Al-Quran dan Penutupan Ihya' Ramadhan bertempat di Dewan Dato' Hj Azam, SEMESRA.

Program ini telah dimulakan dengan slot 'Syawal dirai, Ramadhan ditangisi' dengan menjemput penceramah undangan Ust Nor Azman bin Mohamed.


Selepas itu, program diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang telah diketuai oleh Ust Muhammad Shahizam bin Harun.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian penutup oleh Pengetua Kanan SEMESRA, Pn Hajah Norzila binti Idris. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa kerja dan pelajar-pelajar SEMESRA yang telah sama-sama menjayakan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan ini.



Kemudiannya, hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Ustazah Norhayati binti Yusoff kepada pemenang-pemenang bagi semua pertandingan yang telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan ini.

 antara pemenang-pemenang pertandingan

Selesai penyampaian hadiah, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian  saham akhirat kepada pelajar-pelajar SEMESRA yang memerlukan bantuan. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YDP PIBG SEMESRA, Tuan Hj Dahalan bin Abdullah.
 
  antara penerima-penerima saham akhirat

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan program yang telah dijalankan sepanjang bulan yang mulia ini. Semoga amalan dan sedekah kita diterima oleh Allah s.w.t