30 April, 2013

Kejohanan Bowling Tenpin Peringkat MSS Daerah Rembau 2013

Pada 29 April yang lalu, SEMESRA telah menyertai Kejohanan Bowling Tenpin Peringkat MSS Daerah Rembau yang telah diadakan di Ampang Superbowl, Seremban Parade. SEMESRA telah menghantar 4 pasukan iaitu seramai 16 orang pemain dalam kejohanan ini.


Berikut adalah keputusan kejohanan:

Lelaki Bawah 18
Pasukan: Johan Daerah
Individu:
Johan: Muhammad Farizuddin bin Osman
Naib Johan:  Azziq Farhan bin Azahree
Tempat Ke-4: Danial Asyraf bin Abd. Rahman

Perempuan Bawah 18
Pasukan: Johan Daerah
Individu:
Johan: Alya Nadhira binti Rorzlan
Naib Johan: Nurul Atiqah binti Mat Kambali
Tempat ke-3: Nur Atiqah binti Jalalludin
Tempat ke-4: Syafiqah Athirah binti Zohaimi

Lelaki Bawah 15
Pasukan: Johan Daerah
Individu:
Johan: Aiman Qayyum bin Mohd Ali Hanifiah
Naib Johan: Azrul Najwan bin Azizan
Tempat ke-4: Aiman Azim bin Abd. Haris

Perempuan Bawah 15
Pasukan: Johan Daerah
Individu:
Johan: Iylia Izzati binti Jamal
Naib Johan: Wan Hafizatul Aimi binti Wan Omar Zahdi



Seramai 12 pemain bowling SEMESRA telah terpilih untuk mewakili daerah ke Kejohanan Bowling Peringkat Negeri yang akan diadakan pada minggu depan.  Tahniah diucapkan kepada pasukan bowling SEMESRA. Semoga akan terus berjaya di peringkat yang seterusnya.

29 April, 2013

Majlis Anugerah Cemerlang Akademik 2013


Majlis Anugerah Cemerlang Akademik 2013 telah berlangsung pada 25 April yang lalu dengan jayanya. Majlis ini dianjurkan bagi memberi penghargaan kepada semua pelajar yang telah berjaya mempamerkan prestasi akademik yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun serta peperiksaan awam 2012. Ia juga diadakan untuk memberi penghargaan kepada guru-guru yang telah berjaya menaikkan prestasi sekolah dalam bidang akademik.

Tetamu kehormat bagi majlis ini ialah Tuan Hj Kholil bin Muhammad, Ketua Penolong Pengarah Sektor Akademik Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan. Beliau telah sudi untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada guru-guru serta pelajar-pelajar yang cemerlang.



 Dua pelajar SPM 2012 telah dia))))))




Bagi peperiksaan dalaman pula, Yang di-Pertua PIBG telah sudi menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2012 mereka.


Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah menerima anugerah. Semoga hadiah yang telah disampaikan akan terus memberi perangsang kepada semua untuk terus mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Kepada para pelajar yang tidak menerima anugerah, diharapkan agar majlis ini akan memberi semangat untuk memperbaiki prestasi diri dalam bidang akademik.

28 April, 2013

Festival Nasyid Peringkat Daerah Rembau 2013

Pada 27 April yang lalu, SEMESRA telah menyertai Festival Nasyid Peringkat Daerah yang telah diadakan di Pusat Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Rembau.

Kumpulan Soutul Syabab dari SEMESRA telah berjaya muncul sebagai Naib Johan dalam pertandingan ini.



Kumpulan nasyid SEMESRA akan mewakili daerah Rembau ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 18 Mei nanti. Didoakan agar kumpulan nasyid SEMESRA akan terus mendapat kejayaan yang gemilang di peringkat yang seterusnya, insha Allah.

26 April, 2013

Public Speaking and Choral Speaking Competitions Rembau District Level 2013

SEMESRA had participated in Public and Choral Speaking Competitions for the Rembau District secondary schools which were held  in SMK Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail on 24 April 2013.

The school's representative in the Public Speaking Competition, Adam bin Junus was able to grab the top spot and this enables him to represent the district for the State Public Speaking Competition.



The choral speakers also made SEMESRA proud when they bagged the champion title for the second consecutive year.


Congratulations to the winners. Good luck for the state level competitions which will be held soon.

20 April, 2013

Minggu Bahasa dan Minggu Pusat Sumber 2013

Minggu Bahasa dan Minggu Pusat Sumber telah diadakan sepanjang 15 April sehingga 19 April yang lalu. Ia telah dirasmikan oleh Pengetua Kanan SEMESRA Pn. Hjh Norzila binti Idris.


Pelbagai pertandingan dan aktiviti kebahasaan telah diadakan bagi tujuan mencungkil bakat pelajar dalam aktiviti kebahasaan. Bagi Minggu Pusat Sumber pula, pelbagai aktivit telah dijalankan dalam usaha membentuk masyarakat berilmu.

Antara aktiviti-aktiviti Minggu Bahasa yang telah dijalankan termasuklah Pertandingan SAHIBBA, Pertandingan Membina Kata-kata Hikmat, Bahas, Pertandingan Pantun dan lain-lain lagi. Pusat Sumber SEMESRA juga tidak ketinggalan dalam menganjurkan pertandingan-pertandingan menarik seperti Pertandingan Sudut NILAM, Pertandingan Buku Skrap, Pertandingan Info Hunt serta Pertandingan Mencipta Logo PSS.

Antara gambar-gambar pertandingan yang sempat dirakamkan sepanjang Minggu Bahasa dan Minggu PSS.

Bahas
 Laluan Iqra'
Pertandingan Sahibba

Tahniah diucapkan kepada Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Bahasa Melayu kerana berjaya menganjurkan Minggu tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah mengambil bahagian dalam memeriahkan lagi minggu tersebut.

Semoga Minggu Bahasa dan Minggu Pusat Sumber ini telah berjaya menanamkan sifat sukakan ilmu dikalangan para pelajar SEMESRA.

18 April, 2013

Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Rembau 2013

Pada 17 April yang lalu, SEMESRA telah menyertai Pertandingan Forum Remaja Daerah Rembau bertempat di SM Agama Haji Mohd Yatim. Pasukan ini terdiri daripada Ameera Irisha (4G), Airene July (4F), Suhaza Afifi Sulaiman (4B) dan Muhammad Shafiq Rahmat (5B).
 

SEMESRA telah berjaya memperoleh tempat kedua dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan forum. Semoga pengalaman ini akan dapat dijadikan panduan untuk terus berjaya dalam pertandingan-pertandingan akan datang.

17 April, 2013

Kejohanan Kriket Peringkat SBP Zon Selatan 2013

Pada 10 hingga 14 April yang lalu, pasukan kriket SEMESRA telah menyertai Kejohanan Kriket Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Selatan di SM Sains Kota Tinggi, Johor.

Dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan B, pasukan kriket sekolah telah tewas kepada SM Agama Persekutuan Labu. Namun begitu, kekalahan ini telah berjaya ditebus apabila pasukan kriket berjaya menewaskan Sekolah Sains Muzaffar Syah yang merupakan naib juara negeri Melaka. Dengan kemenangan ini, SEMESRA telah berjaya menjadi naib johan kumpulan.

Walau bagaimanapun, hanya juara kumpulan sahaja yang layak untuk ke pusingan seterusnya.


Tahniah diucapkan kepada pasukan kriket sekolah. Semoga pasukan ini akan terus berjaya di kejohanan yang akan datang.

16 April, 2013

Kejohanan Badminton Peringkat MSS Daerah Rembau 2013

Kejohanan Badminton Peringkat MSS Daerah Rembau telah diadakan pada 10-11 April 2013 bertempat di SMK Datuk Abdullah. SEMESRA telah menghantar 18 pemain badminton sekolah untuk mengambil bahagian.


Berikut adalah keputusan kejohanan bagi perlawanan yang melibatkan pemain badminton SEMESRA:

Lelaki Bawah 18 Tahun

Johan Bergu: Mohd Irsyad bin Sharif  (5C) dan Muhammad Izwan bin Zainal (4G)
Tempat Ketiga  Bergu: Muhammad Hazim bin Mohd Azali  (5C) dan Muhammad Amir Syazwan bin Rosli (5F)
Naib Johan Perseorangan: Mohd Irsyad bin Sharif  (5C)
Tempat Ketiga Perseorangan: Muhammad Izwan bin Zainal (4G)


Lelaki  Bawah 15 Tahun
Naib Johan Bergu: Razif  bin Jemian (3D) dan Muhammad Zahir bin Abdul Rahim (3E)
Tempat Ketiga Perseorangan: Razif bin Jemian (3D)


Perempuan Bawah 18 Tahun

Naib Johan BerguAlya Nadhira Bt Rorzlan (5B) dan Aida Syamira Bt Mohd Kamal (4D)
Tempat Ketiga  BerguNur Syakira Bt Zulkafli (4F) dan Siti Aisyah Bt Zainudin (4E)

Tempat Ketiga Perseorangan: Nur Syakira Bt Zulkafli (4F)

Perempuan Bawah 15 Tahun
Tempat Ketiga Bergu: Nur Ainaa Munirah Bt Zainal (2C) dan Ainin Shuhada binti Alwi (2D)



Seramai 6 orang pemain badminton SEMESRA telah terpilih untuk mewakili daerah Rembau di kejohanan negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Tahniah diucapkan kepada pasukan badminton sekolah atas kejayaan ini. Semoga pasukan ini akan terus mencapai kejayaan yang lebih baik di peringkat yang lebih tinggi.