29 April, 2013

Majlis Anugerah Cemerlang Akademik 2013


Majlis Anugerah Cemerlang Akademik 2013 telah berlangsung pada 25 April yang lalu dengan jayanya. Majlis ini dianjurkan bagi memberi penghargaan kepada semua pelajar yang telah berjaya mempamerkan prestasi akademik yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun serta peperiksaan awam 2012. Ia juga diadakan untuk memberi penghargaan kepada guru-guru yang telah berjaya menaikkan prestasi sekolah dalam bidang akademik.

Tetamu kehormat bagi majlis ini ialah Tuan Hj Kholil bin Muhammad, Ketua Penolong Pengarah Sektor Akademik Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan. Beliau telah sudi untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada guru-guru serta pelajar-pelajar yang cemerlang.



 Dua pelajar SPM 2012 telah dia))))))




Bagi peperiksaan dalaman pula, Yang di-Pertua PIBG telah sudi menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2012 mereka.


Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah menerima anugerah. Semoga hadiah yang telah disampaikan akan terus memberi perangsang kepada semua untuk terus mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Kepada para pelajar yang tidak menerima anugerah, diharapkan agar majlis ini akan memberi semangat untuk memperbaiki prestasi diri dalam bidang akademik.

0 comments: