10 April, 2013

Kejohanan Hoki Peringkat MSS Daerah Rembau 2013

Pada 8 dan 9 April yang lalu telah diadakan Kejohanan Hoki Peringkat MSS Daerah Rembau di padang hoki SMK Tunku Besar Tampin. SEMESRA telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai kejohanan ini.


Dalam kejohanan ini, pasukan SEMESRA telah berjaya mempamerkan persembahan yang cemerlang dan  berjaya meraih kedudukan pingat. Berikut adalah keputusan kejohanan:

Pasukan Lelaki: Johan Daerah
Pasukan Perempuan: Tempat Ketiga


Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan hoki SEMESRA. Semoga kejayaan ini akan terus dapat membakar semangat para pemain untuk beraksi dengan lebih baik lagi di kejohanan-kejohanan akan datang.

0 comments: