07 April, 2013

Kejohanan Olahraga Peringkat SBP Zon Selatan 2013

Pada 5 April 2013 yang lalu telah diadakan Kejohanan Olahraga Peringkat SBP Zon Selatan di Padang Tuanku Abdul Rahman, Paroi Seremban. Tuan rumah bagi kejohanan kali ini ialah Sekolah Dato' Abdul Razak.

SEMESRA telah menghantar kontingen atlit sekolah untuk menyertai kejohanan ini. Antara acara yang telah disertai oleh SEMESRA termasuklah lompat tinggi, acara balapan 100m, 200 m, 400 m serta acara padang seperti lontar peluru dan lompat jauh.



Dalam kejohanan ini, SEMESRA telah mempamerkan prestasi yang baik apabila berjaya menggondol 1 emas, 3 perak dan 3 gangsa. Lebih membanggakan lagi apabila peserta lompat tinggi SEMESRA iaitu Ramaneish telah berjaya dinobatkan sebagai Olahragawan bagi kejohanan ini setelah telah berjaya memecahkan rekod kejohanan.

Tahniah diucapkan kepada kontingen SEMESRA. Semoga pasukan ini akan terus melakar kejayaan gemilang dalam kejohanan akan datang.