17 April, 2013

Kejohanan Kriket Peringkat SBP Zon Selatan 2013

Pada 10 hingga 14 April yang lalu, pasukan kriket SEMESRA telah menyertai Kejohanan Kriket Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Selatan di SM Sains Kota Tinggi, Johor.

Dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan B, pasukan kriket sekolah telah tewas kepada SM Agama Persekutuan Labu. Namun begitu, kekalahan ini telah berjaya ditebus apabila pasukan kriket berjaya menewaskan Sekolah Sains Muzaffar Syah yang merupakan naib juara negeri Melaka. Dengan kemenangan ini, SEMESRA telah berjaya menjadi naib johan kumpulan.

Walau bagaimanapun, hanya juara kumpulan sahaja yang layak untuk ke pusingan seterusnya.


Tahniah diucapkan kepada pasukan kriket sekolah. Semoga pasukan ini akan terus berjaya di kejohanan yang akan datang.

0 comments: