27 June, 2011

Spell It Right Challenge 2011

Last Saturday, 10 students from SEMESREA had participated in the Spell-it-right Challenge State Level 2011. The competition was held at Seremban Parade and the event started around 9 a.m.


There were 15 groups altogether and participants were given a word to spell for each turn. If the students were unable to spell the word given correctly, they would be eliminated from the round.

Out of 10 students, one of them was able to qualify himself into the final round. Muhammad Ammar was able to get himself into the final round when he managed to snatch the first place position in his group.



Ammar during the group round

However, in the final round he was unable to place himself among the top 3. Nevertheless, he went home with RM 200 and a certificate for being able to be in the top 15.


receiving his RM 200 prize


winners'photo with the organisers

Well done, Ammar. And for the rest of the team, do not despair. Try again next year.

26 June, 2011

Lawatan Balas SMP Negeri 1 dan SMP Negeri 6 Mataram, Lombok Indonesia

Pada hari Jumaat yang lepas, SEMESRA telah menerima satu kunjungan balas dari Lombok, Indonesia. Delegasi-delagasi ini terdiri daripada guru-guru dan para pelajar dari dua buah sekolah yang telah dilawati oleh pihak sekolah pada bulan Mac yang lalu.

Kedatangan mereka ini telah disambut meriah oleh pihak sekolah. Dato' Haji Azam b. Md Atan juga telah berkesempatan untuk sama-sama menyambut kedatangan delegasi-delegasi dari Lombok ini.


Rombongan ini telah diarak ke Dewan Besar dimana seluruh warga SEMESRA sudah siap menanti kedatangan mereka.

Pengetua SEMESRA, Puan Hajah Norzila bt. Hj Idris, di dalam ucapannya, melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas kesudian para tetamu membuat kunjungan balas ke SEMESRA. Beliau berharap agar kerjasama erat akan dapat terus dijalin demi peningkatan dan kebaikan sekolah masing-masing.


Wakil- wakil delegasi dari Lombok ini juga telah berkesempatan untuk memberi ucapan kepada warga SEMESRA. Mereka melahirkan rasa syukur kerana berkesempatan untuk melawat SEMESRA yang pada anggapan mereka adalah sekolah yang cemerlang. Mereka berharap agar lebih banyak aktiviti-aktiviti yang akan dapat dijalankan demi kepentingan bersama.


Di dalam majlis yang ringkas ini juga, ketiga-tiga sekolah ini telah bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda kenangan. Kemudian, kesemua tetamu ini telah dijemput untuk dewan makan bagi menikmati hidangan makan tengahari.


majlis penyampaian cenderamata
delegasi menjamu selera

Delegasi-delegasi dari Lombok ini juga telah berkesempatan untuk melawat sekitar sekolah dan antara tempat yang dilawati termasuklah Pusat Sumber Sekolah.


bertanya sesuatu kepada Penyelaras PSS SEMESRA
Rombongan dari Lombok ini kemudiannya beransur pulang pada pukul 12 tengahari. Walaupun kedatangan mereka hanya seketika, diharapkan agar mereka pulang dengan membawa kenangan manis semasa di SEMESRA.

Selamat berangkat pulang dan semoga kita berjumpa lagi di masa hadapan.

25 June, 2011

Majlis Penutup Hari Koperasi Sekolah 2011

Majlis Penutup bagi Hari Koperasi Sekolah 2011 telah berjaya disempurnakan pada hari Jumaat yang lepas. Semua guru dan pelajar telah sama-sama berkumpul di Dewan Besar Dato' Azam bagi majlis penutup ini.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan perutusan yang disempurnakan oleh Majlis Tertinggi Kepimpinan Pelajar. Selepas tiga perutusan selamat dibacakan, majlis seterusnya menjemput Puan Pengetua untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya menutup Hari Koperasi Sekolah SEMESRA bagi tahun 2011.

Kemudian, satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan bagi kesemua pemenang-pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Hari Koperasi.

antara penerima-penerima hadiah

Rumah Johan Pahlawan telah dinobatkan sebagai rumah terbaik keseluruhan sepanjang Hari Koperasi. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ahli rumah Johan Pahlawan.

Selepas selesai majlis di dewan, majlis seterusnya mempersilakan Puan Pengetua untuk ke sayap kiri dewan untuk upacara penanaman pokok.



Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah sama-sama terlibat dalam menjayakan Hari Koperasi Sekolah tahun 2011. Semoga koperasi sekolah akan terus melakar kejayaan demi kepentingan bersama.

24 June, 2011

Lawatan SMP Negeri 1 Padang, Indonesia

Pada 22 Jun yang lepas, SEMESRA telah dikunjungi oleh SMP 1 Padang Indonesia. Lawatan dari delegasi sekolah ini yang terdiri daripada 60 pelajar dan 5 guru telah diberi sambutan meriah oleh seluruh warga SEMESRA.


sambutan bunga manggar


khusyuk menyaksikan persembahan silat

Lawatan mereka sepanjang 3 hari 2 malam ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Bagi melicinkan urusan aktiviti mereka di sini, setiap pelajar dari Padang ini telah diberi seorang pegawai seranta yang terdiri daripada para pelajar Tingkatan 2.


ice-breaking antara pegawai-pegawai seranta dan para pelajar dari Padang

Sepanjang tempoh lawatan, para pelajar Padang ini telah berpeluang untuk sama-sama mengikuti P&P di kelas-kelas. Antara subjek yang terlibat termasuklah kelas Bahasa Jepun, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Geografi.

kelas Sains

kelas Bahasa Inggeris

Selain daripada menghadiri kelas, para pelajar dari kedua-dua sekolah juga telah berkesempatan untuk mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan.



Pada sebelah malamnya pula, telah diadakan Malam Kebudayaan yang menampilkan persembahan-persembahan menarik dari kedua-dua sekolah.



persembahan daripada para pelajar Padang

Pada malam itu juga, pengetua dari kedua-dua sekolah telah bersetuju untuk menandatangani memorendum persefahaman bagi mengeratkan lagi persahabatan antara kedua-dua sekolah.


majlis menandatangani memorendum persefahaman

Setelah bertamu di SEMESRA selama 2 malam, tibalah masanya untuk pelawat-pelawat ini untuk bertolak pulang. Mereka dijadualkan untuk meneruskan perjalanan mereka ke Singapura.




Selamat jalan diucapkan dan semoga delegasi ini akan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Semoga persahabatan yang terjalin ini akan terus utuh dan berkekalan hendaknya.

22 June, 2011

SEMESRA Cooperative Day

SEMESRA Cooperative Day yang diadakan pada hari Ahad lepas merancakkan lagi sambutan Hari Koperasi sekolah pada tahun ini. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan seperti acara tarik tali, pertandingan nyanyian lagu patriotik, bazar jualan dan lain-lain lagi.

Acara bermula seawal pukul 8 pagi apabila pelajar-pelajar mula sibuk menyiapkan bazar jualan mereka. Pada tahun ini, bazar jualan bukan sahaja dibuka kepada rumah-rumah sukan dan badan-badan khas tetapi ia juga telah dibuka kepada kelas-kelas Tingkatan 5.



Selain daripada bazar jualan, pertandingan nyanyian lagu patriotik antara rumah juga telah diadakan bertempat di dataran perhimpunan.



Di asrama pula, ahli-ahli Kamar 1 setiap rumah sudah bersedia untuk pertandingan Kamar Tercantik. Kamar-kamar ini dikehendaki dihiasi mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu '1 Malaysia'.



Di padang pula, para pelajar yang terlibat dengan pertandingan permainan tradisional telah pun bersiap sedia untuk memulakan pertandingan. Antara pertandingan yang telah diadakan ialah pertandingan tarik tali dan pertandingan baling tin dan pertandingan radio rosak.



SEMESRA Cooperative berakhir lebih kurang pada pukul 3 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan SEMESRA Cooperative Day ini. Terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa dan penjaga yang sudi hadir bagi memeriahkan sambutan ini.

21 June, 2011

Kejohanan Olahraga Kedua SEMESRA

SEMESRA telah berjaya menganjurkan Kejohanan Olahraga Kedua dengan jayanya pada Sabtu yang lalu. Kejohanan ini telah berlangsung di padang SEMESRA bermula tepat pada pukul 8.30 pagi. Perasmi bagi kejohanan kali ini ialah mantan Pengetua Cemerlang SEMESRA iaitu Dato' Hj Azam b. Md Atan.



Kejohanan dimulakan dengan perbarisan masuk pembawa-pembawa bendera kejohanan diikuti oleh kontingen-kontingen yang terdiri daripada kontingen rumah sukan dan badan kepimpinan pelajar.



Kejohanan kali ini adalah sedikit berbeza daripada kejohanan yang lepas kerana pada masa yang sama, Hari Koperasi Sekolah juga telah selamat dilancarkan. Pelancaran Hari Koperasi Sekolah ini telah dibuat oleh Haji Dahalan b. Abdullah, Yang Dipertua PIBG SEMESRA.

Selain daripada acara-acara sukan yang dipertandingkan, perbarisan dan hiasan khemah juga turut dipertandingkan. Bagi acara perbarisan, rumah Kelana Petra telah muncul sebagai johan sementara rumah Akhirul Zaman pula berjaya memenangi hadiah Khemah Terbaik.


perbarisan terbaik


khemah terbaik

Berikut adalah senarai atlet-atlet terbaik bagi kejohanan ini:

Atlet Terbaik (L15) : Mohd Haziq b. Mohd Shafiee
Atlet Terbaik (P15) : Noor Azziee Balkisha bt. Dawood
Atlet Terbaik (L18) : Amirul Haziq b. Azhari
Atlet Terbaik (P18) : Nur Izzati bt. Zainal Abidin

Olahragawan Kejohanan: Amirul Haziq b. Azhari
Olahragawati Kejohanan: Noor Aizzee Balkisha bt. Dawood

Rumah Johan Pahlawan sekali lagi berjaya muncul sebagai Johan Keseluruhan. Tahniah diucapkan.




ahli rumah sukan Johan Pahlawan meraikan kemenangan mereka

17 June, 2011

Makluman Terkini

Adalah dimaklumkan bahawa pada hari Ahad ini akan diadakan SEMESRA Cooperative Day sempena sambutan Hari Koperasi Sekolah.

Terdapat pelbagai aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut termasuklah Pertandingan Permainan Tradisional Antara Rumah, Pertandingan Dorm Tercantik, Pertandingan Kebudayaan Antara Rumah serta Bazar Jualan.

Ibubapa dan penjaga adalah dijemput untuk sama-sama memeriahkan sambutan ini. SEMESRA Cooperative Day ini akan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 3 petang.

14 June, 2011

Program Kecemerlangan PMR dan SPM

Pada 9 - 12 Jun yang lalu telah diadakan Program Kecemerlangan PMR dan SPM untuk pelajar-pelajar Tingkatan Tiga dan Lima sekolah ini. Program ini telah diadakan sebagai sebahagian daripada persediaan para pelajar ini dalam menghadapi peperiksaan mereka tidak lama lagi.

Sepanjang Program Kecemerlangan ini, pelajar-pelajar telah didedahkan dengan teknik-teknik menjawab soalan dengan betul oleh penceramah-penceramah yang dijemput khas. Selain daripada itu, para pelajar juga telah diberikan tips bagaimana untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan.


Bengkel BM

Bengkel Matematik

Diharapkan agar program ini telah berjaya memberikan manfaat kepada para pelajar SEMESRA yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini. Semoga apa yang dihasratkan oleh semua pihak akan dapat direalisasikan pada tahun ini, insyaAllah.

Kedatangan Pengetua Baru SEMESRA

Warga SEMESRA mengalu-alukan kedatangan pengetua baru iaitu Pn. Hajah Norzila bt. Hj Idris ke SEMESRA. Beliau yang sebelum ini bertugas di SMK Seri Perpatih telah pun melaporkan diri sebagai Pengetua SEMESRA yang kedua pada 1 Jun yang lalu.


Pada hari Isnin yang lepas, beliau telah dapat bersama-sama dengan warga SEMESRA yang lain dalam perhimpunan rasmi sekolah.



Beliau dalam ucapan mengharapkan agar semua pihak dapat bekerja bersama-sama dalam memastikan kejayaan sekolah. Beliau menekankan bahawa kejayaan akademik perlu diberi keutamaan kerana ia akan dapat menentukan masa depan para pelajar.

Tahniah diucapkan kepada Puan Pengetua atas lantikan ini. Semoga SEMESRA akan terus maju di bawah pimpinan beliau.

02 June, 2011

Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah 2011

Pada 25 dan 26 Mei yang lalu telah diadakan satu Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah bertempat di Pusat Sumber Sekolah SM Sains Rembau. Kursus ini telah melibatkan seramai 64 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Empat.



Kursus ini diadakan bertujuan untuk membina dan memupuk sifat kepimpinan dan kerjasama di kalangan para peserta yang akan menjadi tonggak kepada sistem rumah selepas ini.


aktiviti-aktiviti berkumpulan

Kursus dua hari ini telah diselia oleh Penyelaras Sistem Rumah SEMESRA iaitu Cik Mezah Hazril bt. Abd Wahab dan ahli-ahli jawatankuasanya dengan dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada Ketua-ketua Rumah dan Penolong-penolong Ketua Rumah.

Semoga apa yang dipelajari sepanjang kursus ini akan dapat membantu para peserta untuk menjadi pemimpin yang lebih dinamik bersesuaian dengan keperluan negara.