21 June, 2011

Kejohanan Olahraga Kedua SEMESRA

SEMESRA telah berjaya menganjurkan Kejohanan Olahraga Kedua dengan jayanya pada Sabtu yang lalu. Kejohanan ini telah berlangsung di padang SEMESRA bermula tepat pada pukul 8.30 pagi. Perasmi bagi kejohanan kali ini ialah mantan Pengetua Cemerlang SEMESRA iaitu Dato' Hj Azam b. Md Atan.



Kejohanan dimulakan dengan perbarisan masuk pembawa-pembawa bendera kejohanan diikuti oleh kontingen-kontingen yang terdiri daripada kontingen rumah sukan dan badan kepimpinan pelajar.



Kejohanan kali ini adalah sedikit berbeza daripada kejohanan yang lepas kerana pada masa yang sama, Hari Koperasi Sekolah juga telah selamat dilancarkan. Pelancaran Hari Koperasi Sekolah ini telah dibuat oleh Haji Dahalan b. Abdullah, Yang Dipertua PIBG SEMESRA.

Selain daripada acara-acara sukan yang dipertandingkan, perbarisan dan hiasan khemah juga turut dipertandingkan. Bagi acara perbarisan, rumah Kelana Petra telah muncul sebagai johan sementara rumah Akhirul Zaman pula berjaya memenangi hadiah Khemah Terbaik.


perbarisan terbaik


khemah terbaik

Berikut adalah senarai atlet-atlet terbaik bagi kejohanan ini:

Atlet Terbaik (L15) : Mohd Haziq b. Mohd Shafiee
Atlet Terbaik (P15) : Noor Azziee Balkisha bt. Dawood
Atlet Terbaik (L18) : Amirul Haziq b. Azhari
Atlet Terbaik (P18) : Nur Izzati bt. Zainal Abidin

Olahragawan Kejohanan: Amirul Haziq b. Azhari
Olahragawati Kejohanan: Noor Aizzee Balkisha bt. Dawood

Rumah Johan Pahlawan sekali lagi berjaya muncul sebagai Johan Keseluruhan. Tahniah diucapkan.




ahli rumah sukan Johan Pahlawan meraikan kemenangan mereka