26 May, 2014

Makluman Kepada Pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3

Makluman kepada semua pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3,

Mohon semua pelajar dapat menjawab Ujian Permata Pintar sebelum 31 Mei untuk menilai darjah kecergasan (IQ) pelajar. Ujian ini diadakan bagi mengesan dan menguruskan bakat intelek semula jadi pelajar.

Sila klik alamat ini untuk langkah seterusnya. Sila baca dan patuhi arahan yang diberikan semasa menjalani ujian ini.

Harap maklum.

19 May, 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Warga SEMESRA telah meraikan guru-guru SEMESRA dengan mengadakan satu sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 17 Mei yang lalu. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sempena sambutan ini.

Pada awal pagi, acara sukaneka telah diadakan di dataran perhimpunan sekolah dan juga foyer. Antara pertandingan yang telaah dijalankan termasuklah futsal, baling tin dan lari berpasangan.


Sambutan diteruskan dengan acara dewan. Pada tahun ini, Bollywood telah dipilih sebagai tema sambutan. Guru-guru yang siap berbaju ala Bollywood diarak masuk ke dalam dewan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5.
 

Pelbagai persembahan telah dibuat bagi memeriahkan sambutan. Hadiah untuk pemenang-pemenang bagi acara sukan juga telah disampaikan.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan sambutan ini dapat dibuat dengan meriah. Terima kasih guru-guru SEMESRA atas semua sumbangan yang telah diberikan kepada sekolah. Semoga segala usaha mendapat keberkatan-Nya.

05 May, 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014

Pada 3 Mei yang lalu telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014 di Dewan Hj Dato' Azam. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Zaibulbahri bin Abdullah, Pengerusi JK Bertindak Modal Insan Belia dan Sukan merangkap ADUN Kawasan Chembong.


Majlis ini telah diadakan bagi menghargai kejayaan para pelajar dalam bidang akademik serta sumbangan guru-guru dalam pencapaian gemilang pelajar. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh tetamu-tetamu kehormat majlis.


Dalam majlis ini, dua anugerah tertinggi dalam pencapaian akademik telah diberikan kepada Muhammad Amrul Basyar bin Fazil dan juga Zulhilmi Hazim bin Abdul Malek.


Anugerah Akademik Terbilang Terbaik SPM 2013 - Muhammad Amrul Basyar

Anugerah Akademik Terbilang Terbaik Keseluruhan SPM 2013 - Zulhilmi Hazim

Majlis juga telah diserikan dengan persembahan-persembahan menarik dari pelajar-pelajar SEMESRA.



Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga anugerah ini akan menjadi penyuntik semangat kepada semua untuk terus berusaha untuk meraih kejayaan di masa-masa akan datang.

02 May, 2014

English Carnival 2014

On 30th April, SEMESRA took part in the Rembau District English Carnival that was held in SMK Datuk Abdullah.

SEMESRA had participated in two categories which are choral speaking and public speaking.

 The choral speaking team was announced as the winner and Mohd Ashril was again chosen as the best conductor for two years in a row. Meanwhile the school's representative for public speaking competition won second place.

With these results, both choral speaking team and public speaker of SEMESRA will be representing Rembau District that will be held on 21 May 2014 at SMK Undang Jelebu.

Congratulations once again to the students and all the best for the state level.