05 May, 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014

Pada 3 Mei yang lalu telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014 di Dewan Hj Dato' Azam. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Zaibulbahri bin Abdullah, Pengerusi JK Bertindak Modal Insan Belia dan Sukan merangkap ADUN Kawasan Chembong.


Majlis ini telah diadakan bagi menghargai kejayaan para pelajar dalam bidang akademik serta sumbangan guru-guru dalam pencapaian gemilang pelajar. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh tetamu-tetamu kehormat majlis.


Dalam majlis ini, dua anugerah tertinggi dalam pencapaian akademik telah diberikan kepada Muhammad Amrul Basyar bin Fazil dan juga Zulhilmi Hazim bin Abdul Malek.


Anugerah Akademik Terbilang Terbaik SPM 2013 - Muhammad Amrul Basyar

Anugerah Akademik Terbilang Terbaik Keseluruhan SPM 2013 - Zulhilmi Hazim

Majlis juga telah diserikan dengan persembahan-persembahan menarik dari pelajar-pelajar SEMESRA.



Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga anugerah ini akan menjadi penyuntik semangat kepada semua untuk terus berusaha untuk meraih kejayaan di masa-masa akan datang.

0 comments: