19 May, 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Warga SEMESRA telah meraikan guru-guru SEMESRA dengan mengadakan satu sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 17 Mei yang lalu. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sempena sambutan ini.

Pada awal pagi, acara sukaneka telah diadakan di dataran perhimpunan sekolah dan juga foyer. Antara pertandingan yang telaah dijalankan termasuklah futsal, baling tin dan lari berpasangan.


Sambutan diteruskan dengan acara dewan. Pada tahun ini, Bollywood telah dipilih sebagai tema sambutan. Guru-guru yang siap berbaju ala Bollywood diarak masuk ke dalam dewan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5.
 

Pelbagai persembahan telah dibuat bagi memeriahkan sambutan. Hadiah untuk pemenang-pemenang bagi acara sukan juga telah disampaikan.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan sambutan ini dapat dibuat dengan meriah. Terima kasih guru-guru SEMESRA atas semua sumbangan yang telah diberikan kepada sekolah. Semoga segala usaha mendapat keberkatan-Nya.