31 December, 2017

Makluman Pendaftaran Tingkatan 2, 3, 4 dan 5

Untuk makluman warga SEMESRA,

Pendaftaran bagi pelajar-pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 1 Januari 2018
Hari: Isnin
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Dato' Haji Azam

 

Mohon perhatian dan tindakan semua. Terima kasih.

Perutusan Terakhir Bonda Pengetua

Assalamualaikum wm wbt dan Salam Sejahtera,

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bentuk bantuan yang telah diberikan semasa saya menjalankan tugas. Sokongan dan kerjasama dari ibu bapa dan penjaga memudahkan pentadbiran sekolah.

Teruskan memberi kerjasama kepada pengetua baru dalam pengurusan sekolah dalam usaha membawa SEMESRA ke persada antarabangsa.

Ampun maaf atas segala salah silap.

Norzila binti Idris
Bersara mulai 1 Januari 2018

Terima Kasih Bonda Pengetua


Selamat bersara diucapkan kepada Puan Hajah Norzila binti Idris, pengetua SEMESRA. Terima kasih atas segala pengorbanan dan sumbangan yang diberikan kepada SEMESRA hingga SEMESRA berjaya mencapai pelbagai kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Puan Hajah Norzila merupakan pengetua yang kedua bagi SEMESRA.  Beliau memulakan tugas sebagai pengetua SEMESRA pada Jun 2011 dan menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada 1 Januari 2018 selepas berkhidmat selama 34 tahun.

Terima kasih bonda pengetua. Semoga Allah akan terus merahmati dan mengurniakan kesihatan kepada bonda dan keluarga. Doakan SEMESRA untuk terus cemerlang dan menempa nama sehingga ke persada antarabangsa.

Nota: Untuk makluman warga SEMESRA, majlis persaraan bonda pengetua akan dibuat pada 4 Januari 2018. Mohon perhatian dan tindakan semua pihak.

14 December, 2017

Tahniah Valedictorian 3!

Tahniah diucapkan kepada batch Valedictorian Cycle 3 atas kejayaan cemerlang mereka dalam keputusan  PT3 yang telah diumumkan pada hari ini. Seramai 10 pelajar berjaya mendapat straight A pada tahun ini.

 
 
 
 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 3 atas kejayaan ini. Semoga ia akan menjadi perangsang untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang seterusnya.

13 December, 2017

Makluman Terkini Penyerahan Slip Keputusan PT3 2017

Untuk makluman pelajar-pelajar Tingkatan 3, berikut adalah makluman terkini mengenai Majlis Penyerahan Slip Keputusan PT3:



Terima kasih atas perhatian dan tindakan semua.

06 December, 2017

Penyerahan Slip Keputusan PT3 2017

Majlis penyerahan slip keputusan PT3 bagi tahun 2017 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 14 Disember 2017
Hari: Khamis:
Masa: 10 pagi
Tempat: Foyer

Diminta pelajar - pelajar memakai pakaian kemas.

Lelaki: Tshirt berkolar/kemeja, seluar slack, sandal/kasut. Sila tuck in baju.
Perempuan: Baju kurung/blouse dan seluar slack, sandal/kasut.

Jeans, tshirt tidak berkolar dan selipar tidak dibenarkan.

Terima kasih atas kerjasama semua.

Makluman Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2017

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan diadakan bermula pada 11 - 14 Disember ini. Mohon semua calon untuk merujuk tarikh pada surat masing-masing. 

Semua calon yang akan menduduki ujian ini di SM Sains Rembau dikendaki untuk memakai pakaian kemas. Anda tidak perlu memakai uniform sekolah.

Sekian, harap maklum.