19 October, 2011

Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Sembilan 2011



Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah yang telah berjaya menjadi Johan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Sembilan 2011 yang berlangsung di Allson Klana Resort Seremban dari 18 - 19 Oktober 2011.

Untuk Konvensyen ini, pasukan sekolah telah memperkenalkan satu produk baru yang diberi nama Jem Minda Khaireen. Ia merupakan jem hasil campuran kurma, madu dan kismis hitam. Jem ini mempunyai pelbagai khasiat dan baik untuk para pelajar terutamanya dalam membantu menguatkan daya ingatan mereka.

Pembentangan produk menarik ini telah membolehkan pasukan sekolah SEMESRA berjaya memenangi wang tunai sebanyak RM2, 000, notebook, piala beserta sijil. Kemenangan ini juga telah melayakkan pasukan sekolah untuk ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan hadapan.

Tahniah diucapkan sekali lagi buat pasukan sekolah. Semoga terus dapat melakar kejayaan cemerlang di peringkat Kebangsaan nanti.

18 October, 2011

Jadual Peperiksaan SPM 2011

Berikut adalah Jadual Peperiksaan SPM bagi calon SPM SEMESRA



*click for larger view

05 October, 2011

Makluman Outing Bermalam

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, para pelajar Tingkatan 3 adalah dibenarkan untuk outing bermalam pada 14 hingga 16 Oktober ini. Mereka dikehendaki untuk balik semula ke sekolah sebelum pukul 5 petang.

Bagi cuti Hari Raya Haji pula, para pelajar akan dibenarkan pulang bermalam bermula 4 November sehingga 7 November 2011.

Para pelajar perempuan dibenarkan pulang selepas pukul 12.30 tengah hari manakala para pelajar lelaki pula hanya akan dibenarkan pulang selepas solat Jumaat (selepas 2 petang). Para pelajar dikehendaki untuk pulang semula ke sekolah sebelum pukul 5 petang.

Sekian, harap maklum.

04 October, 2011

Extroverts, semoga berjaya!



Hari ini terlakarlah sejarah buat SEMESRA apabila kumpulan pertama PMR memulakan peperiksaan mereka. Selepas nyanyian Negaraku, seluruh warga SEMESRA diminta untuk membuat barisan bagi mengiringi para pelajar Tingkatan 3 sehingga ke Dewan Haji Azam.

Para pelajar Tingkatan 3 yang diiringi oleh kaunselor sekolah, Encik Muhammad bin Derus diberi tepukan semangat sepanjang perjalananan mereka ke dewan peperiksaan.



Ustaz Rozeli bin Yahya kemudiannya telah mengetuai bacaan doa bagi memohon rahmat dan pertolongan agar segala urusan dipermudahkanNya.



Para pelajar kemudiannya dibenarkan bergerak masuk ke dalam dewan peperiksaan selepas memastikan semua kelengkapan telah siap dibawa.


doa Bonda mengiringi para pelajar masuk ke dewan

SEMOGA BERJAYA EXTROVERTS! 8A PASTI DALAM GENGGAMAN!

03 October, 2011

Majlis Restu Ilmu PMR

Pagi ini telah diadakan satu Majlis Restu Ilmu bagi para pelajar Tingkatan 3 di Surau SEMESRA. Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nadzarul Amir b. Mohyeddin.


Kemudian wakil Tingkatan 3, Sdr Asnawi bin Mohd Tan tampil untuk memberikan ucapan. Beliau mewakili semua para pelajar Tingkatan 3 memohon maaf atas keterlanjuran kata dan kelakuan sepanjang berada di SEMESRA. Beliau juga berharap agar guru-guru SEMESRA akan mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR bermula Selasa ini.


Selepas ucapan wakil pelajar, Pengetua Kanan SEMESRA Puan Hjh Norzila bt. Hj Idris pula telah dijemput untuk memberikan sepatah dua kata. Puan Pengetua berharap agar para pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan PMR yang akan bermula tidak lama lagi. Beliau mewakili para guru SEMESRA mendoakan yang terbaik untuk semua para pelajar Tingkatan 3.


Seterusnya ialah acara bersalam-salaman diantara para pelajar dan guru-guru SEMESRA.







gambar sekitar majlis

Sebelum bersurai, para pelajar Tingkatan 3 telah dibekalkan dengan alat tulis sebagai persiapan mereka menghadapi peperiksaan PMR.



SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 3. Seluruh warga sekolah mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk anda semua. Cuba sehabis baik, insyaAllah kejayaan akan menjadi milik anda.

Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pengetua SEMESRA

Satu majlis ringkas telah diadakan pada pagi ini bagi menyambut hari kelahiran Pengetua Kanan SEMESRA, Puan Hjh Norzila bt Hj Idris. Majlis ini telah diadakan semasa perhimpunan pagi di Dataran Perhimpunan.

Selepas bacaan doa, Puan Pengetua dengan diiringi oleh Penolong Kanan Hj Baharudin bin Husin telah dijemput untuk memotong pulut kuning sebagai simbolik majlis sambutan ini. Seluruh warga sekolah telah sama-sama menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Bonda' semasa upacara ini berlangsung.



upacara memotong pulut kuning

Seterusnya, telah diadakan sedikit upacara penyampaian hadiah bagi memperingati hari ulang tahun Bonda Hjh Norzila bt. Hj Idris.


saudari Izzati menyampaikan hadiah bagi pihak pelajar SEMESRA


Ustaz Haikal sebagai wakil kakitangan akademik dan bukan akademik sekolah


Penolong Kanan, Hj Baharudin sebagai wakil pengurusan

Di dalam ucapan beliau, Puan Pengetua melahirkan rasa terharu atas ingatan para pelajar dan guru dan seterusnya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas ingatan ini.



Selamat Hari Ulang Tahun diucapkan kepada Pengetua Kanan SEMESRA Puan Hjh Norzila bt. Hj Idris. Semoga dirahmati Allah dan dibukakan pintu-pintu rezeki hendaknya. Amin