03 October, 2011

Majlis Restu Ilmu PMR

Pagi ini telah diadakan satu Majlis Restu Ilmu bagi para pelajar Tingkatan 3 di Surau SEMESRA. Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nadzarul Amir b. Mohyeddin.


Kemudian wakil Tingkatan 3, Sdr Asnawi bin Mohd Tan tampil untuk memberikan ucapan. Beliau mewakili semua para pelajar Tingkatan 3 memohon maaf atas keterlanjuran kata dan kelakuan sepanjang berada di SEMESRA. Beliau juga berharap agar guru-guru SEMESRA akan mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR bermula Selasa ini.


Selepas ucapan wakil pelajar, Pengetua Kanan SEMESRA Puan Hjh Norzila bt. Hj Idris pula telah dijemput untuk memberikan sepatah dua kata. Puan Pengetua berharap agar para pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan PMR yang akan bermula tidak lama lagi. Beliau mewakili para guru SEMESRA mendoakan yang terbaik untuk semua para pelajar Tingkatan 3.


Seterusnya ialah acara bersalam-salaman diantara para pelajar dan guru-guru SEMESRA.







gambar sekitar majlis

Sebelum bersurai, para pelajar Tingkatan 3 telah dibekalkan dengan alat tulis sebagai persiapan mereka menghadapi peperiksaan PMR.



SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 3. Seluruh warga sekolah mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk anda semua. Cuba sehabis baik, insyaAllah kejayaan akan menjadi milik anda.