19 October, 2011

Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Sembilan 2011



Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah yang telah berjaya menjadi Johan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Sembilan 2011 yang berlangsung di Allson Klana Resort Seremban dari 18 - 19 Oktober 2011.

Untuk Konvensyen ini, pasukan sekolah telah memperkenalkan satu produk baru yang diberi nama Jem Minda Khaireen. Ia merupakan jem hasil campuran kurma, madu dan kismis hitam. Jem ini mempunyai pelbagai khasiat dan baik untuk para pelajar terutamanya dalam membantu menguatkan daya ingatan mereka.

Pembentangan produk menarik ini telah membolehkan pasukan sekolah SEMESRA berjaya memenangi wang tunai sebanyak RM2, 000, notebook, piala beserta sijil. Kemenangan ini juga telah melayakkan pasukan sekolah untuk ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan hadapan.

Tahniah diucapkan sekali lagi buat pasukan sekolah. Semoga terus dapat melakar kejayaan cemerlang di peringkat Kebangsaan nanti.