31 March, 2017

Kejohanan Olahraga Tahunan 2017

Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah telah diadakan pada hari ini Jumaat bersamaan 31 Mac. Acara telah dimulakan pada pukul 8 pagi.


Tahniah diucapkan kepada rumah Kelana Petra yang telah berjaya muncul Juara Keseluruhan bagi HOTS tahun ini. Juara sebanyak 7 kali berturut-turut rumah Johan Pahlawan terpaksa akur di kedudukan kedua.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua pelajar dan guru atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan HOTS kali ini. Tahniah juga diucapkan kepada atlit-atlit yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini.

30 March, 2017

Pertandingan Menembak Kor Kadet Polis Daerah Rembau

Tahniah diucapkan kepada kontinjen kadet polis SEMESRA yang berjaya muncul menjadi johan keseluruhan dalam Pertandingan Menembak Kor Kadet Polis Daerah Rembau hari ini.

Seramai 10 orang kadet polis SEMESRA telah menyertai pertandingan ini dan dua daripadanya iaitu Nazrin dan Adila berjaya mendapat tempat ke-8 individu.


Tahniah diucapkan kepada pasukan kadet polis yang mengambil bahagian. Semoga terus cemerlang dalam pertandingan-pertandingan yang lain.

29 March, 2017

Bengkel Ace Science Tingkatan 2

Pada 11 Mac yang lalu telah diadakan satu bengkel Ace Science bagi membantu para pelajar untuk menguasai mata pelajaran Sains. Bengkel kali ini telah dikendalikan oleh Guru Cemerlang Sains Pn Maznah Omar dan melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 2.


 

Terima kasih diucapkan kepada AJK PIBG atas inisiatif ini dan diharapkan agar bengkel ini telah berjaya membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar dalam subjek ini.

28 March, 2017

Jadual Ujian/Pentaksiran 1 bagi Tingkatan 1, 2 dan 4

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4,

 Pentaksiran 1 Tingkatan 1

 Pentaksiran 1 Tingkatan 2

 
 Ujian 1 Tingkatan 4

Sekian, harap maklum.

27 March, 2017

Takwim April 2017

Untuk makluman warga SEMESRA,

Dipaparkan takwim bagi bulan April untuk makluman dan tindakan bersama.


Sekian, harap maklum.

24 March, 2017

Takwim Mac *Terkini*

Untuk makluman semua,

Berikut dipaparkan takwim terkini bagi Mac untuk tindakan and makluman tuan/puan.

 

Sekian, harap maklum.

23 March, 2017

Memo Peringatan Larangan Membawa Barang Larangan ke Sekolah dan Asrama

Untuk ingatan ibu bapa dan pelajar-pelajar SEMESRA,

Dipaparkan memo peringatan mengenai larangan membawa barang larangan ke sekolah dan asrama untuk tindakan tuan/puan dan pelajar-pelajar SEMESRA.


Memo ini dikeluarkan sekali lagi untuk ingatan bersama dan pihak sekolah sangat mengharapkan kerjasama ibu bapa dan penjaga dalam memastikan larangan ini dipatuhi oleh anak-anak jagaan masing-masing.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

19 March, 2017

Pertandingan Olimpiad Matematik dan Sains Kebangsaan 2017

Pada 17 - 18 Mac yang lalu, seorang pelajar SEMESRA telah terpilih untuk mewakili pasukan Negeri Sembilan dalam Pertandingan Olimpiad Matematik dan Sains Kebangsaan yang telah diadakan di Kuantan.

Muhammad Ammar Arifin telah terpilih untuk mewakili negeri dalam kategori Matematik.


Tahniah diucapkan kepada Ammar yang telah berjaya mendapat Silver Award dalam pertandingan ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada yang lain untuk terus mencapai kejayaan yang sama ataupun yang lebih baik dalam pertandingan-pertandingan yang bakal disertai.

17 March, 2017

Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan SPM 2016

Tahniah diucapkan kepada 37 orang pelajar yang telah berjaya mendapat straight 9A's dalam SPM 2016. Keputusan SPM 2016 telah diumumkan pada 16 Mac iaitu hari Khamis bertempat di Dewan Dato' Haji Azam, SEMESRA.

Dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 2.19, beberapa panitia telah berjaya meningkatkan prestasi subjek masing-masing iaitu panitia Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik Tambahan dan Biologi.


Tahniah diucapkan kepada batch Prodigy 2 atas kejayaan ini. Semoga keputusan yang diperolehi menjadi perangsang kepada diri sendiri dan juga pelajar-pelajar yang lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik. 

Warga SEMESRA mengucapkan selamat maju jaya dan akan sentiasa mendoakan agar kejayaan akan terus dikecapi oleh batch Prodigy 2 tidak kira di mana jua mereka berada. Semoga batch Prodigy 2 akan terus cemerlang di dunia dan akhirat.

15 March, 2017

Program Sehari Selembar Al - Quran

Program Sehari Selembar Al-Quran telah dimulakan pada malam ini selepas solat Maghrib dan solat Hajat. Program ini akan dilaksanakan setiap hari sebaik sahaja urusan solat Maghrib selesai.


Alhamdulillah, semoga amalan ini akan berterusan di bumi SEMESRA.  Moga kita semua dilembutkan hati, dipermudahkan urusan dan berjaya di dunia dan akhirat. Diharapkan juga dengan usaha ini akan meletakkan para pelajar SEMESRA untuk sentiasa  berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t. insyaAllah.

Pesta Pantun Daerah Rembau 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan pantun SEMESRA yang telah berjaya menjadi Johan dalam Pesta Pantun Daerah Rembau yang diadakan pada hari ini di SMK Pedas.



Kejayaan ini melayakkan SEMESRA untuk mewakili daerah Rembau ke Pesta Pantun Peringkat Negeri nanti.Warga SEMESRA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan ini dan mendoakan agar kejayaan akan terus dikecapi oleh pemantun-pemantun SEMESRA di peringkat yang seterusnya.

12 March, 2017

Hari Kecemerlangan Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon B 2017

Pada 11 Mac yang lalu SEMESRA telah mengambil bahagian dalam Hari Kecemerlangan Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon B di SM Sains Batu Pahat.  Dua pasukan bahas sekolah bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah mengambil bahagian. 

Untuk makluman, Zon B terdiri daripada 16 SBP dari 4 buah negeri dan pertandingan peringkat zon diadakan untuk memilih 8 pasukan terbaik bagi setiap kategori untuk ke peringkat kebangsaan.


Dalam pertandingan ini, pasukan bahas Bahasa Melayu telah berjaya mendapat tempat ke- 3 sekaligus meraih Anugerah Perak manakala pasukan bahas Bahasa Inggeris pula telah berjaya mendapat tempat ke- 5 serta Anugerah Perak.


Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan bahas. Kejayaan ini melayakkan kedua-dua pasukan untuk mara ke peringkat HKSBP Kebangsaan yang akan diadakan di SM Sains Banting pada bulan Mei ini.

Kem Kepimpinan Pengakap Wanita Peringkat Kebangsaan 2017

Pada 10 - 12 Mac yang lalu, dua orang pengakap telah menyertai Kem Kepimpinan Pengakap Wanita Peringkat Kebangsaa yang telah diadakan di SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur. 

Kem ini diadakan bertujuan untuk memupuk bakat kepimpinan selain daripada memberi peluang kepada pengakap-pengakap wanita ini untuk mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari.

 
 

Diharapkan agar kem ini telah dapat membantu para peserta untuk menjadi pemimpin pengakap yang lebih baik di sekolah di samping mendapat peluang untuk membuat latihan praktikal. Tahniah kepada semua yang telah mengambil bahagian.