02 March, 2017

Kejohanan Kriket MSS Negeri Sembilan

Kejohanan Kriket MSS Negeri Sembilan telah diadakan pada 27 Februari sehingga 3 Mac bertempat di padang SK Dusun Nyior dan Padang SMK King George V.

Pasukan SEMESRA berada dalam Kumpulan A bersama SMK Tunku Muhammad dan SMA Hj Muhamad Yatim. SEMESRA tewas dalam perlawan pertama menentang SMK Tunku Muhammad tetapi menang dalam perlawanan kedua menentang SMA Hj Muhammad Yatim. Kemenangan ini melayakkan SEMESRA untuk ke peringkat separuh akhir.

Pada peringkat separuh akhir, SEMESRA telah bertemu SMK King George V tetapi tewas. Dengan keputusan ini, cabaran SEMESRA dalam kejohanan ini terhenti di peringkat separuh akhir sahaja.




Pasukan SEMESRA berjaya menduduki tangga ke-8 pasukan terbaik daripada 14 pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan kriket SEMESRA dan diharapkan agar latihan berterusan akan dapat membantu pasukan ini untuk memperbaiki kedudukan dalam kejohanan yang akan datang.