09 March, 2017

Cabaran Debat Zaaba 2017

Pada 3-5 Mac yang lalu, pasukan debat Bahasa Melayu SEMESRA telah menyertai Cabaran Debat Zaaba yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

 
 

Dalam pertandingan ini, pasukan debat Bahasa Melayu telah berjaya menduduki tempat ke-23 daripada 40 pasukan yang bertanding. Salah seorang pendebat iaitu Zulfikri telah berjaya menduduki tempat ke-35 daripada 120 peserta.

Tahniah diucapkan kepada pasukan debat Bahasa Melayu. Semoga akan terus cemerlang dalam arena perbahasan.