Pada 24 Februari yang lalu, Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan di Dewan Dato' Haji Azam. Mesyuarat dimulakan pada pukul 10 pagi sebaik sahaja Majlis Penetapan Target SPM dan PT3 selesai.
Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung kali ini. Kerjasama tuan/puan dalam mencadangkan usul dan memberi pandangan demi kecemerlangan anak-anak amatlah dihargai.