Majlis Graduasi bagi batch Prodigy 2 akan diadakan mengikut ketetapan yang berikut:
Tarikh: 14 April 2017
Masa: 8 pagi
Tempat: Dewan Dato' Haji Azam
Berikut ialah ketetapan kadar bayaran bagi majlis tersebut:
a. Jubah - RM 30.00
b. Gambar - RM 25.00 (2 keping A4 dan 1 keping A5)
c. Makan - RM 40.00 (RM 15.00 seorang, RM 30.00 untuk 2 orang dan RM40.00 untuk 3 orang. Kanak-kanak bawah 6 tahun RM 5.00)
Bayaran secara tunai boleh dibuat semasa Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM pada 16 Mac ini. Jika pelajar tidak mempunyai wang yang mencukupi pada hari tersebut, pelajar wajib untuk membayar wang deposit sebanyak RM 50.00 manakala baki hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 31 Mac ke dalam akaun PIBG Sek. Men. Sains Rembau. Bukti bayaran perlu dibawa semasa majlis graduasi nanti.
Berikut adalah etika pemakaian semasa majlis tersebut:
Lelaki: Kemeja lengan panjang, bertali leher, songkok hitam, kasut hitam, berambut pendek dan tidak berwarna
Perempuan: Baju Kurung, bertudung (bagi yang beragama Islam) dan berkasut hitam
Pihak sekolah adalah berhak untuk tidak membenarkan pelajar naik ke pentas sekiranya gagal mematuhi arahan ini.
Surat jawapan kehadiran perlu dihantar selewat-lewatnya 31 Mac 2017. Boleh berhubung dengan Puan Mahfuzah jika ada apa-apa kemusykilan.
Sekian, harap maklum.