09 March, 2017

Kejohanan Ragbi MSSNS 2017

Pada 6 - 9 Mac yang lalu, SEMESRA telah menyertai Kejohanan Ragbi Peringkat MSS Negeri Sembilan yang telah diadakan di Padang SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah.


 
 

Dalam kejohanan ini, SEMESRA telah menjadi Naib Johan kumpulan dan sekaligus melayakkan diri ke peringkat suku akhir Cup. Walau bagaimanapun, cabaran SEMESRA terhenti apabila ditewaskan oleh SDAR 0-36. 

Keputusan akhir ini telah meletakkan pasukan ragbi SEMESRA di kelompok 5-8 pasukan terbaik Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan. Semoga pasukan ragbi akan terus mempertingkatkan pencapaian dalam sukan ini.

0 comments: